Artikel Terkini

Mahdi: Seorang Santo Yang Ghaib

Mahdi: Seorang Santo Yang Ghaib

MAHDIISME atau kepercayaan kepada seorang penyelamat terdapat dalam semua peradaban, dan agama. Mahdi adalah seorang santo merangkap pemerintah yang diyakini akan hadir untuk membanteras fasad atau korupsi, seraya menegakkan kerajaan yang adil untuk semua. Mahdi ini akan tiba di akhir zaman untuk memberikan keselamatan kepada seluruh kemanusiaan tanpa mengira perbezaan yang wujud.

Oleh sebab konsep Mahdiisme demikian menggiurkan, dan membolehkan yang mengakuinya beroleh kekuasaan; maka dari masa ke semasa akan terdapat individu yang mengisytiharkan dirinya sebagai Mahdi.

Sebagai contoh di Malaysia pada tahun 1995, Nordin Putih seorang guru agama telah mendakwa dirinya sebagai Mahdi. Ekoran dari itu, Nordin telah ditahan pada 31 Mac 1996 di Ulu Kelang. Dalam pada itu terdapat juga kelompok yang mempercayai pilihan hati mereka untuk ditabal sebagai Mahdi. Sebagai misalan, terdapat segelintir kumpulan tarekat tertentu yang menganggap pengasas atau pemimpin mereka sebagai Mahdi yang akan menyelamatkan dunia di akhir zaman. Kumpulan tarekat tersebut antara lain ialah, tarekat Mufarridiyah yang mengangkat Sheikh Makmun sebagai Mahdi; atau pengikut tarekat Ismailiyyah yang menganggap guru mereka Mahmud Abdul Rahmat sebagai Mahdi.

Pengharaman ajaran Ahmadi dan pertubuhan al-Arqam juga sering dikaitkan dengan pengkultusan pengasas mereka sebagai Imam Mahdi. Ajaran Ahmadiah misalnya dilarang di negara ini menerusi pewartaan fatwa pada 18 Jun 1975, manakala tarekat Aurad Muhammadiah sering dihujahkan menentukan guru tarekat itu sebagai Mahdi.

Pada dasarnya mana-mana ajaran yang membuat dakwaan mengenai Mahdi, akan dipantau dan berisiko untuk diharamkan. Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad al Bakri;

‘Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-81 pada 19 April 2012 telah membincangkan dan memutuskan bahawa ciri-ciri ajaran sesat yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan amalan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ia adalah sesat dan menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar serta haram dilakukan. Antaranya ialah: Mendakwa sebagai Imam Mahdi.’

Secara asasnya konsep Mahdiisme diterima oleh penganut agama Islam. Di dalam mazhab Ahlus Sunnah, hadis-hadis seputar kemunculan Imam Mahdi kelak misalnya dianggap mutawatir. Kumpulan hadis ini sebagai contoh dapat dirujuk dalam Sunan Abu Dawud, dalam bahagian Kitab Al-Mahdi. Menurut Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mahdi dianggap sebagai seorang reformis dan merupakan seorang anggota dari ahli keluarga Nabi Muhammad saw:

‘Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) sesama mereka dalam isu al-Mahdi. Akidah mereka sama dan bertepatan dengan hadis-hadis sahih yang telah kita nyatakan. Di sisi Ahli Sunnah, Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman. Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini. Berkata al-Allamah Ibn Khaldun:

‘Ketahuilah bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya, bahawa tidak boleh tidak di akhir zaman kelak akan kemunculan seorang lelaki dari kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan, dan diikuti oleh kaum muslimin, dan beliau akan menguasai ke atas kerajaan-kerajaan Islam. Beliau dinamakan sebagai al Mahdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membunuh Dajjal atau Isa turun bersama-samanya (al Mahdi) lalu dia membantunya untuk membunuh Dajjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-Mahdi semasa solatnya.’

Justeru kehadiran Imam Mahdi sebagai penyelamat akhir diimani oleh pengikut mazhab Ahlus Sunnah. Demikian juga di dalam mazhab Syiah, doktrin Imam Mahdi menjadi dasar pemikiran pengikut mazhab ini. Prinsip berkenaan Imam Mahdi ini misalnya dapat ditemukan dalam kitab penting penganut mazhab Syiah iaitu ‘Kamaaluddin wa Tamaamun Ni’ma’ karangan Shaykh as-Sadooq atau nama penuh beliau Abi Ja’far Muhammad bin Ali bin al-Husain Babawahy Qummi. As-Sadooq mengatakan keimanan seseorang belum mencapai tahap kebenaran sekiranya dia tidak mengimani dan mengenali Imam Mahdi berdasarkan ayat 86 dari surah az-Zukhruf, yang terjemahannya berbunyi:

‘Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).’

Kitab ini juga menghuraikan pelbagai tafsir ayat suci al-Quran dan dalil hadis mengenai Imam Mahdi menerusi sudut pandang mazhab Syiah.

Akan tetapi terdapat perbezaan yang besar antara mazhab Ahlus Sunnah dan Syiah di mana Sunnisme tidak menentukan siapakah yang disebut-sebut sebagai Mahdi tersebut. Sedangkan mazhab Syiah Imamiyah telah menamakan Muhammad al Mahdi, putera kepada Imam Hasan Askari sebagai Mahdi yang dimaksudkan. Sungguhpun demikian pengikut mazhab Syiah juga terpecah kepada pelbagai aliran yang selalunya perpecahan itu terjadi atau berlaku kerana perselisihan dalam menentukan kepimpinan termasuklah dalam menentukan siapakah Mahdi.

Perbincangan mengenai pseudo Mahdi dalam aliran Syiah Imamiyah ini misalnya menempuh pelbagai tempoh masa dan nama seperti terdapatnya dakwaan bahawa Muhammad Hanafiyya sebagai al Mahdi. Juga terdapat pertikaian bahawa Mahdi adalah Muhammad Abd Allah Hasan seperti diyakini oleh kelompok Jarudis dalam kalangan penganut Syiah Zaidiyyah. Tidak kurang juga kelompok Syiah Ismailiyyah yang mempercayai pemimpin dan al Mahdi adalah puteranya Imam Jaafar as-Sadiq iaitu Ismailiyyah, dan baginda masih belum meninggal dunia.

Secara asasnya Sunni mengatakan Mahdi belum muncul dan akan muncul kelak; manakala dalam kalangan Syiah mereka mempercayai Imam Mahdi sudah muncul tetapi akan dimunculkan kembali di kemudian hari.

Pandangan yang dominan mengenai Imam Mahdi dari mazhab Syiah Imamiyah hari ini adalah baginda sudah dilahirkan pada 15 Syaaban 255 Hijrah di Samarra, Iraq dan sedang mengalami keghaiban. Imam Mahdi ini dipercayai akan kembali apabila tiba masanya untuk menggerakkan revolusi menegakkan keadilan, dan membanteras pelbagai jenis fasad atau korupsi, baik dalam bidang politik, ekonomi dan perundangan.

Akan tetapi buat masa ini Imam Mahdi mengalami keghaiban lengkap atau panjang; menurut Syaikh Lutfullah Safi Gulpaygani dalam bukunya Discussions Concerning al-Mahdi, keghaiban Imam Mahdi itu terbahagi kepada dua peringkat;

‘Imam Sahib al-Amr (may Allah hasten his return) will have two occultations – a short occultation called sughra and qusra and a long occultation called kubra and tula.’

Identiti Imam Mahdi menurut mazhab Syiah melalui banyak lapis rahsia seperti kelahiran beliau yang tidak dihebahkan meskipun terdapat ramai saksi, atau kedudukan baginda yang jarang muncul di awam dan hanya dapat dihubungi menerusi empat orang perantara. Rahsia demi rahsia ini kemudian mencapai puncaknya dengan keghaiban Mahdi.

Terdapat banyak perbincangan mengenai keghaiban Imam Mahdi ini khusus secara teologi dan falsafahnya, seperti sebab-musabab beliau ghaib. Mahdi menurut fahaman Syiah ghaib kerana antara lain, pertamanya; identiti atau jatidiri baginda mestilah dilindungi lantaran terdapatnya pemerintah zalim yang menginginkan kekuasaannya secara salah. Hal ini disentuh Ibrahim Amini dalam bukunya Al Imam al-Mahdi: The Just Leader of Humanity. Amini dipetik, menyatakan kezaliman pemerintah pada waktu itu memestikan keghaiban baginda;

‘they wanted to keep the identity of the promised Mahdi secret from the enemies of God and the unjust rulers so that no harm would befall him from that direction. The Prophet and the Imams were fully aware that if the unjust rulers, caliphs and their agents new the identity of the Mahdi with all the particulars about his parents, their names, and so on, they would not hesitate to prevent his birth even if that meant killing his parents. The Umayyads and the Abbasids were determined to hold on to their power by eliminating even the slightest threat to it. They did not pause to commit grievous crimes in order to remain in power. In all likelihood, they would have endeavoured to get rid of him, even if it meant killing anyone remotely connected with a challenge to their autocratic rule’.

Argumen kedua pula menyatakan terdapatnya keperluan umat manusia meneguhkan akidah dan keimanan sebelum kembalinya Imam Mahdi dalam kalangan masyarakat sebagai pemimpin umat akhir zaman, untuk semua. Hal ini menyerupai kondisi umat Islam di zaman Rasulullah, yakni sebelum mengalami kejayaan di Madinah. Dalam hal ini, Amini seterusnya dalam Al Imam al-Mahdi: The Just Leader of Humanity menyatakan kebangkitan akhir zaman itu memerlukan kekuatan tekad dan iman seperti yang dilakukan oleh umat terdahulu;

‘…by providing merely general information about the Mahdi, the Prophet and the Imams wanted those weak in their faith not to be overcome by despair at the weakness of God’s religion in the face of the unjust powers. In other words, those who had. witnessed or heard about the unpolluted and just rule of the Prophet and Imam ‘Ali b. Abi Talib in the early days of Islam, had heard about the ultimate victory of true religion and the end of injustice and corruption under Islam. Accordingly, they had accepted the new religion with much hope of seeing an end to all the corruption. However, since they were newcomers to Islam their faith was not that strong. On the one hand, the prevalent turmoil in Muslim society and the unfavorable conditions that ensued had an impact upon these people. On the other hand, they saw the wicked behavior of the Umayyad and ‘Abbasid rulers and the way that that impacted upon society. These unfavorable social and political conditions had made them very perplexed. The concern of the Prophet and the Imams was that people with weak faith would lose hope, with the truth and religion of Islam being overpowered by evil forces, and so these people would abandon Islam. The thing that to a certain extent assured people to remain faithful to Islam and to keep their hearts hopeful was the belief in the deliverance and the revolution of the promised Mahdi. These Muslims anticipated the revolution of the promised Mahdi to take place any day to redress the injustices in society and to restore universal good order according to the Islamic ideals of justice and equity’.

Seperti dinyatakan sebelum, Imam Muhammad Hassan al Mahdi menurut kepercayaan mazhab Syiah Imamiyah dilahirkan pada 15 Syaaban 255 Hijrah di Samarra, Iraq. Ini bersamaan tahun 868 Masehi. Keghaiban fasa pertama baginda yang disebut sebagai ghaib sughra terjadi sekitar tahun 874–941 Masehi. Dekad-dekad awal keghaiban ini Imam Mahdi berhubung dengan pengikutnya menerusi perantara atau naib. Keghaiban kedua atau ghaib kubra pula bermula pada tahun 941 Masehi. Yang mana ketika fasa keghaiban ini terjadi, Imam Mahdi sama sekali ghaib atau tidak dikenali dalam masyarakat dan hanya akan muncul kembali apabila masa yang sesuai tiba, dengan izin Yang Maha Esa.

Terlepas dari pandangan samada Imam Mahdi telah lahir atau belum, atau mengapa beliau dighaibkan; keimanan terhadap Mahdiisme memberikan motivasi dan tenaga kepada sebahagian umat Islam dalam menempuh pengalaman dan keinginan beragama. Pada keadaan tertentu, keinginan atau kerinduan kepada seorang santo atau wali yang boleh memimpin semua umat manusia ini tidak syak lagi merupakan satu cita-cita dan harapan politik untuk melihat kehidupan manusiawi yang lebih baik dan bermakna, dan merdeka dari cita bencana pemerintahan yang zalim, feudalistik, tidak demokratik, bersifat menindas dan penuh pencabulan hak asasi manusia.

Semoga keadaan manusiawi lebih baik dan penyelamat yang didambakan semua ini akan segera hadir memberikan keselamatan untuk kita.



kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo