
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan speaker untuk merujuk Mahkamah Persekutuan sama ada undang-undang anti-lompat di negeri itu melanggar hak perlembagaan kebebasan berpersatuan.
Pesuruhjaya Kehakiman berpangkalan di Pulau Pinang, Azizan Md Arshad, yang menyampaikan keputusan itu hari ini berkata, kedua-duanya telah memenuhi keperluan Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman.
Persoalan bagi menentukan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Pulau Pinang terbatal kerana tidak konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Plaintif terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim, Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam), dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).
Zulkifli dan Afif dipecat daripada PKR pada 2020 manakala Khaliq dan Zolkifly adalah ahli Bersatu. Keempat-empat mereka diwakili peguam DP Naban dan Rosli Dahlan.
Pada akhir 2020, mereka memfailkan tiga tindakan berasingan untuk mencabar usul yang dikemukakan oleh speaker semasa mesyuarat DUN, Oktober tahun itu untuk mengosongkan kerusi mereka dan mengadakan pilihan raya kecil.
Ketika memfailkan tindakan itu, mereka menamakan DUN dan speaker sebagai defendan.
Kerajaan Pulau Pinang kemudian mengeluarkan surat perintah khas kepada peguam Malik Imtiaz Sarwar dan A Surendra Ananth untuk mewakili defendan.
Awal tahun lalu, mereka memfailkan permohonan untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Surendra berkata, asas utama permohonan itu ialah keputusan terakhir mengenai perkara itu adalah dalam kes DUN Kelantan melawan Nordin Salleh yang diputuskan pada 1992.
“Ada keperluan untuk menyemak semula kes ini kerana terdapat perkembangan dalam perlembagaan,” katanya kepada FMT.
Dalam kes DUN Kelantan, Nordin dan Wan Mohamed Najib Wan Mohamad masing-masing memenangi kerusi DUN Sungai Pinang dan Limbongan ketika itu atas tiket Semangat 46 pada pilihan raya umum (PRU) 1990.
Bagaimanapun, kedua-duanya berpaling tadah kepada Umno pada 1991. DUN Kelantan meminda perlembagaan negeri dan meluluskan undang-undang anti-lompat yang berkuat kuasa bermula 18 Nov 1990.
Speaker mengisytiharkan kerusi itu kosong dan kedua-dua bekas Adun bertanding semula dalam pilihan raya kecil tetapi kalah.
Bagaimanapun, kedua-dua bekas Adun itu mendapat remedi (ganti rugi) dari segi undang-undang dan Mahkamah Agung pada 1992 memutuskan bahawa pindaan kepada perlembagaan negeri direka untuk menguatkuasakan disiplin parti, bukan mengenakan sekatan ke atas Adun.
Mahkamah berkata, pindaan itu melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan. Nordin dan Wan Mohamed kemudiannya dilantik semula sebagai Adun.
Sementara itu, Surenthra berkata, DUN dan speaker bersetuju untuk menangguhkan pembentangan usul sementara menunggu proses saman itu selesai.
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo