Artikel Terkini

Mahu Gambar Tutup Aurat, Lisdawati & Suami Bersanding Kali Kedua

Mahu Gambar Tutup Aurat, Lisdawati & Suami Bersanding Kali Kedua
Mahu Gambar Tutup Aurat, Lisdawati & Suami Bersanding Kali Kedua 1

Mahu foto perkahwinannya dalam keadaan menutup aurat, pelakon Lisdawati bersanding kali kedua bersama suaminya, Fauzi Nawawi lengkap berpakaian pengantin.

Memetik Kosmo, Lisdawati mengakui terkilan apabila foto pernikahannya yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana ketika itu masih belum berhijab.

BACA: “Kalau Suami Menipu Tak Perlu Sebar Satu Dunia” – Lisdawati

“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.

“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” katanya.

Menurut Lisdawati lagi, untuk persandingan mereka kali kedua ini dia memilih busana berona biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi serta majlis diadakan secara ringkas sahaja.

“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” katanya.

Ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang dibina selama 15 tahun, Lisdawati berkata dia dan suami turut melalui fasa pasang surut dalam perkahwinan.

“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.

“Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.

“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” katanya.

Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. Lisdawati turut mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi.


Mahu Gambar Tutup Aurat, Lisdawati & Suami Bersanding Kali Kedua 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list