Artikel Terkini

Mahu Selesai Cara Baik, Watie Setuju Bayar RM2k Sebulan Kepada Hana

Mahu Selesai Cara Baik, Watie Setuju Bayar RM2k Sebulan Kepada Hana
Mahu Selesai Cara Baik, Watie Setuju Bayar RM2k Sebulan Kepada Hana 1

Mahu Selesai Cara Baik, Watie Setuju Bayar RM2k Sebulan Kepada Hana

Isu pertikaian saman penghutang penghakiman membabitkan dua bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana dan Watie sejak lapan tahun lalu, akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Didakwa gagal bayar pinjaman bank

Mahu Selesai Cara Baik, Watie Setuju Bayar RM2k Sebulan Kepada Hana 3

Menerusi laporan Harian Mtero, saman penghutang penghakiman itu difailkan oleh Hana pada 18 Mei 2017 susulan keputusan Mahkamah Sesyen Selayang pada 10 Mac 2015 dalam kes saman induk yang memerintahkan Watie membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83.

Hana membuat tuntutan ganti rugi kerana mendakwa Watie gagal menjelaskan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta. Melalui persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak, Watie yang kini aktif berlakon drama bersetuju membuat pembayaran ansuran lebih RM2,000 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang berjumlah RM796,000 termasuk faedah kepada Hana.

Ujar Peguam Mohd Fikri Abd Rahman yang mewakili Hana, Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Rajiah Mat Zin merekodkan penghakiman persetujuan seperti dipersetujui kedua belah pihak dalam kamar hakim semalam. Tambah Fikri, pembayaran yang dipersetujui itu adalah seperti yang diperintahkan mahkamah sama pada 25 Oktober 2017, tetapi Watie selaku penghutang penghakiman beberapa kali tertangguh membuat pembayaran, berkemungkinan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Saya meminta supaya kes ini tidak dipanjangkan sebab Watie sudah bersetuju membuat pembayaran dan anak guam saya (pemiutang penghakiman) bersetuju menerima jumlah yang dicadangkan oleh penghutang penghakiman. Hana juga kehilangan kerja dan mungkin disebabkan itu, beliau agak beremosi terapi perkara ini akhirnya dapat diselesaikan secara baik dengan terma dipersetujui. Saya minta supaya kes ini tidak dipanjangkan kerana anak guam saya setuju menerima jumlah yang dicadangkan Watie.

Masing-masing memerlukan sumber kewangan dan Hana mengharapkan kepada kes ini untuk Watie membayar (hutang), namun bayaran itu tertangguh. Alhamdulillah, kita dapat selesaikan secara baik dan peguam juga berbincang mencari jalan terbaik.

Sumber: Harian Metro

Mahu Selesai Cara Baik, Watie Setuju Bayar RM2k Sebulan Kepada Hana 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list