Infotainment

Mahu Tingkatkan Keupayaan TUDM, Malaysia Bakal Beli 33 Pesawat Tempur Milik Kuwait

Mahu Tingkatkan Keupayaan TUDM, Malaysia Bakal Beli 33 Pesawat Tempur Milik Kuwait
Mahu Tingkatkan Keupayaan TUDM, Malaysia Bakal Beli 33 Pesawat Tempur Milik Kuwait 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Malaysia dilaporkan mahu membeli sekumpulan pesawat pejuang Boeing F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait. Memetik laporan Defence News, timbalan menteri pertahanan, Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata semasa sesi soal jawab di parlimen bahawa negara ini sedang berusaha untuk menambah iventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meningkatkan keupayaan ketenteraan Malaysia.

Menurutnya, 33 pesawat pejuang milik Kuwait tersebut masih berada dalam keadaan baik dengan waktu penerbangan yang masih rendah berbanding pesawat Hornet TUDM sedia ada. Tambahnya lagi, kerajaan merancang untuk mengendalikan pesawat jenis itu sehingga 2035. Kuwait dilaporkan bakal menghentikan penggunaan F/A-18C/D dan bakal beroperasi dengan pesawat baharu F/A-18E/F (Super Hornet) yang lebih moden yang kini dalam proses penghantaran oleh syarikat Boeing dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai jual beli pesawat ini masih belum dimulakan oleh kedua-dua negara, “Jika inisiatif ini berjaya direalisasikan, sudah pasti akan meningkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan TUDM menjaga ruang angkasa negara,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Dato’ Zaiedi Suhaili di Dewan Negara.

Memetik laporan media tempatan, TUDM turut merancang untuk meningkatkan keupayaan pesawat tempur F/A-18D. Program ini dijangka bakal bermula pada tahun 2022 bagi memastikan kegunaan pesawat tersebut kekal relavan.

Tambah Defence News, dengan perolehan pesawat pejuang Kuwait, TUDM mampu untuk meningkatkan inventori sedia ada. Bagaimanapun, ia berkemungkinan perlu memperbaharui pesawat tempur Kuwait untuk membawanya sejajar dengan armada sedia ada.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan turun bantu mangsa banjir tanpa mendapat ‘arahan’ dari pihak atasan. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa ‘Restu’ Pihak Atasan

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia Yang Cuba Disembunyikan Oleh Hollywood Daripada Kita

Angkatan Tentera Malaysia ‘Sedia Tempur’ Ugutan Konsulat Kedutaan Korea Utara


Mahu Tingkatkan Keupayaan TUDM, Malaysia Bakal Beli 33 Pesawat Tempur Milik Kuwait 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo