Artikel Terkini

Makanan percuma di perpustakaan USIM

Makanan percuma di perpustakaan USIM
Makanan percuma di perpustakaan USIM 1

KUALA LUMPUR – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyediakan makanan percuma kepada pengguna pepustakaan sejak tahun 2019 namun aktiviti ini terhenti selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan USIM, Marhaniza Abdul Halim dalam kenyataan berkata, pada 2019, perpustakaan menyediakan sarapan pagi kepada pengguna menerusi peruntukan sumbangan daripada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), USIM.

Makanan percuma di perpustakaan USIM 2
Pelajar-pelajar menikmati makanan percuma yang disediakan di kafeteria, perpustakaan USIM.

Katanya, faktor lokasi kafeteria yang jauh dan kekangan kewangan pelajar menjadi pendorong untuk pelajar mendapatkan makanan percuma di perpustakaan.

“Tahun ini, perpustakaan mendapat tajaan sarapan pagi daripada PINK SQUAD yang diterima sejak Januari lalu dan PWZ USIM yang mula diterima pada Jun lalu.

“Mulai Julai lalu, perpustakaan menerima sumbangan tambahan daripada  Rumah Makan Cibiuk, Kota Warisan bagi penyediaan 50 bungkus makanan tengah hari secara percuma kepada pengguna perpustakaan,” katanya.

Perpustakaan menyediakan sekitar 70 bungkus makanan percuma setiap pagi bermula jam 9  pagi di kafeteria, Aras 1 Perpustakaan USIM.

Tambah Marhaniza, kakitangan perpustakaan secara individu juga seringkali menyumbangkan makanan dan minuman percuma kepada pelajar.

“Sumbangan makanan ini terbuka kepada semua kakitangan yang ingin menyumbang kepada pengguna perpustakaan dan makanan boleh diletakkan di tempat yang telah disediakan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Makanan percuma di perpustakaan USIM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list