Artikel Terkini

‘Mana Pergi Semua Orang?’ – Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan

‘Mana Pergi Semua Orang?’ – Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan
'Mana Pergi Semua Orang?' - Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan sebuah tempat yang sangat sesak dan sibuk iaitu Kuala Lumpur tiba-tiba sunyi tanpa kelibat orang pada siang hari tersebut turut mengejutkan netizen.

Artikel Berkaitan:

Video yang dikongsikan di laman TikTok tersebut membuatkan netizen tertanya-tanya bagaimana tempat yang sentiasa sesak itu boleh menjadi begitu sunyi.

@akukeseorangan

Mana semua orang?

♬ original sound – AkuKeseorangan – AkuKeseorangan

'Mana Pergi Semua Orang?' - Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan 2

Menerusi ruangan komen TikTok @akukeseorangan, rata-rata netizen menulis komen berseloroh antaranya seorang pengguna TikTok mengatakan kejadian seperti ini biasa dilihat di surau atau masjid pada waktu Subuh.

'Mana Pergi Semua Orang?' - Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan 3

“Semua ada dekat belakang abang tu. tengok la belakang lain kali,” tulis seorang lagi warganet di TikTok .

'Mana Pergi Semua Orang?' - Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan 4

Sementara di akaun Twitter @IANZAINAL, tidak terlepas segelintir netizen percaya video itu dirakam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu kerana sekitar Bukit Bintang memang lengang ketika itu.

Namun netizen lain menolak andaian itu kerana terdapat sebuah kereta Myvi facelift dalam video tersebut di mana model itu masih belum dilancarkan oleh Perodua semasa PKP.

“Dia shoot pukul 3 pagi ni. Lepas itu dia tinggikan brightness pada kameranya supaya nampak macam di siang hari,” kata salah seorang pengguna Twitter.

'Mana Pergi Semua Orang?' - Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan 5

Melihat kepada video lain yang dimuatnaik oleh pencipta kandungan tersebut, besar kemungkinan ia telah disunting dengan sangat teliti oleh @akukeseorangan sehingga nampak seperti ia benar-benar berlaku.

Bukit Bintang juga pernah ‘kosong’ seperti ini dalam filem Desolasi, filem cereka sains misteri Malaysia 2016 yang ditulis dan diarahkan oleh Syafiq Yusof. Selain dari masa PKP, agak sukar untuk lihat bandar Kuala Lumpur sepi tanpa manusia.


'Mana Pergi Semua Orang?' - Video Kuala Lumpur Sunyi Tanpa Manusia Jadi Bualan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list