Artikel Terkini

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu menurun

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu menurun
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu menurun 1

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan penurunan, manakala jumlah mangsa di Pahang, Perak dan Johor kekal setakat malam ini.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan dengan 36,180 orang masih berlindung di 261 PPS di lapan daerah membabitkan Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang, berbanding 38,574 orang petang tadi.

Di KELANTAN, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di 116 PPS di lapan jajahan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok turut merekodkan penurunan kepada 30,551 orang malam ini berbanding  31,584 orang petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkesempatan mengadakan lawatan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal dengan 30 orang.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air Sungai Keratong, di Rompin kekal melepasi tahap bahaya, manakala di Maran, Sungai Pahang (Lubuk Paku) dan Sungai Luit (Kampung Subuh) serta Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan, masih melebihi tahap amaran.

Di JOHOR Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 48 orang malam ini, manakala di PERAK Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa juga kekal dengan 26 orang. – BERNAMA

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu menurun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list