Artikel Terkini

Manifesto Keluarga Batu dilancarkan

Manifesto Keluarga Batu dilancarkan
Manifesto Keluarga Batu dilancarkan 1

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu, Datuk A. Kohilan Pillai memperkenalkan Manifesto Keluarga Batu yang mengandungi sembilan teras akujanji bagi pengundi di kawasan tersebut.

Sembilan Teras Utama yang dijanjikan membabitkan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Ekonomi, Kelestarian dan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesejahteraan, Perumahan Keluarga Batu, Agama dan Sosial, Kebajikan, Gaya Hidup dan Pembangunan Teknologi Maklumat.

Teras akujanji Perumahan Keluarga Batu melibatkan cadangan pembinaan dan pembangunan semula perumahan awam (PA) yang berusia hampir 40 tahun seperti PA Sri Kelantan, Sri Perak, Sri Negeri Sembilan, Sri Pangkor, Bandar Baru Sentul Fasa 3 dan Fasa 8.

Ia akan diganti dengan kediaman yang lebih kondusif, bernilai tinggi dan berdaya saing selain kediaman mampu milik berskala besar di bawah Kategori B40.

Kohilan berkata, setiap akujanji itu telah melalui kajian dan penelitian mendalam tentang kebolehlaksanaannya.

“Kami sejurus selepas penamaan calon pada 5 November lalu telah melawat begitu banyak kawasan di Parlimen Batu mengambil masa enam hari dan setiap jam selama seminggu ini digunakan sebaik-baiknya untuk mengeluarkan manifesto akujanji sebagai calon BN di Batu,” katanya di Taman Billion.

Manifesto itu dilancarkan oleh Pengerusi dan Pengarah PIlihan Raya BN Batu, Datuk Seri Yahaya Mat Ghani.

Menurut Kohilan, akujanji itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu jangka pendek, sederhana panjang.

Tambah beliau, bagi kategori jangka pendek pelaksanaanya
memakan masa antara satu hingga dua tahun, jangka sederhana mengambil masa antara dua hingga tiga tahun setengah dan jangka panjang adalah satu penggal atau lima tahun.

Beliau memberitahu, bagi golongan muda, mereka akan ditawarkan skim insurans kemalangan berkelompok untuk pemandu dan penunggang e-hailing di Batu.

Selain itu, katanya, mahasiswa dalam kalangan B40 akan diberi laptop dan tablet secara percuma bagi memudahkan pembelajaran mereka.

Katanya, manifesto yang dilancarkan bukannya omong kosong dan ia mampu dilaksanakan. – MalaysiaGazette

Manifesto Keluarga Batu dilancarkan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list