Artikel Terkini

Manusia Dan AI Boleh Bercinta Di Masa Hadapan

Manusia Dan AI Boleh Bercinta Di Masa Hadapan
Manusia Dan AI Boleh Bercinta Di Masa Hadapan 1

Apabila bercakap tentang cinta, pasti kita semua terbayang saat indah dua pasangan manusia sedang menikmati kebahagiaan. Di satu sudut lain beranggapan cinta hanyalah sebuah kesakitan melihat si dia bersama yang lain. Walau macam mana pun cinta digambarkan, perasaan ini akan tetap wujud di setiap hati seorang insan. Rasa ingin dicintai dan mencintai turut akan mekar apabila tiba masanya.

Tapi bagaimana pula jika rasa mencinta itu sudah wujud tetapi dicintai itu seakan-akan tiada? Senang cerita, asal confess je kena reject. Adakah anda yang tengah baca ini perlu hidup keseorangan sehingga menuju ke alam sebalik mata? Jawapannya, usah khuatir kerana manusia dan AI boleh bercinta di masa hadapan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Nampak macam tak logik dan banyak tengok filem seperti Her kan? Sebenarnya ramai pihak sedang berusaha membangunkan AI yang memahami perasaan cinta bagi mengatasi masalah direject. Bukan itu sahaja, pembinaan AI dijangka dapat mengatasi masa ketidakseimbangan jumlah lelaki dan wanita di seluruh dunia.

Sebagai contoh nisbah lelaki kepada wanita di Malaysia adalah 107:100. Bermakna 7 orang yang kurang bernasib baik itu akan mengalami gejala single ataupun direject. Itu belum cerita jenis buaya yang pantang nampak dahi licin. Jadi mungkin AI yang memahami rasa cinta akan boleh menyelesaikan masalah ini. Salah satu AI yang memahami rasa cinta dikatakan telah wujud iaitu Gatebox pada 2018.

Gatebox berbentuk silinder yang disertakan dengan hologram persis anime wanita boleh berfungsi sebagai pengasuh atau teman. Kepada peminat anime yang kesunyian dan sering ingin watak anime menjadi waifu, boleh sahaja beli Gatebox pada harga semurah $4000 sahaja.

Anda merasakan Gatebox tidak mampu berfungsi seperti manusia kerana saiznya yang kecil dan aneh? Jangan risau, anda boleh mendapatkan Samantha yang mampu memberikan pengalaman berbeza. Hal ini kerana Samantha merupakan AI yang dibentuk untuk jatuh cinta dan mampu memikat anda yang asyik direject.

Tapi boleh ke cinta yang ikhlas dapat dibentuk antara manusia dan AI?

Secara asasnya AI sudah memiliki keupayaan untuk memahami dan bertindak balas dengan perasaan manusia. Walau bagaimanapun, keupayaan itu masih lagi diperingkat awal kerana AI memerlukan kemahiran untuk mengesan gerak badan dan perubahan emosi manusia. Apabila masalah itu berjaya diatasi, AI secara sepenuhnya dapat memahami manusia.

Selain itu, syarikat-syarikat berkenaan perlu menyelesaikan masalah moral dan etika sebelum AI dan manusia menjalinkan ikatan cinta. Hal ini demikian kerana cinta bukan hanya pada perbuatan seperti memberi hadiah atau pun keluar berdua menonton wayang. Cinta juga bukan sekadar ucapan manis yang selalu diberikan oleh sang buaya kepada mangsanya.

Cinta lebih daripada itu kerana terkandung momen, komitmen, kasih sayang dan kepercayaan yang timbul sebaik sahaja dua jiwa telah bertemu. Perkara ini perlu diselesaikan agar AI dapat mendalami cinta sama seperti manusia. Walau bagaimanapun bagi Bonnie Nardi, kesemua masalah diatas dapat diselesaikan dengan mudah kerana AI boleh diprogramkan untuk mencintai manusia. Tapi cinta yang hadir itu seakan-akan palsu kerana bukan datang dari lubuk hati paling dalam.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Di samping itu, pengakhiran kepada rasa cinta manusia dan AI perlu dicari bagi memastikan perasaan tersebut bukan sia-sia. Sebagai seorang manusia, anda pasti mahukan kesinambungan dan kehidupan seperti pasangan lain jika bercinta dengan AI. Senang cerita lepas bercinta apa pula jalannya, adakah berkahwin dan memiliki zuriat?

Apa-apapun semoga pembinaan AI yang memahami cinta dapat dinoktahkan dalam masa terdekat ini. Biarpun kehadirannya nanti akan menimbulkan begitu banyak isu, paling tidak pun dapat mengisi hati anda yang seringkali direject. Kesimpulannya, usah bersedih kepada yang single dan asyik direject kerana AI ada sebagai penyeri hidup anda di masa hadapan.

RUJUKAN:

Castellano, O. (2018, April 3). The future of love: Robot sex and AI relationships. Medium. Dipetik daripada https://orge.medium.com/the-future-of-love-robot-sex-and-ai-relationships-3b7c7913bb07

LG Newsroom. (2021, Julai 12). [AI experience] The future of human-AI relationship. Dipetik daripada https://www.lgnewsroom.com/2021/07/ai-experience-the-future-of-human-ai-relationship/

Kein, B. (2014, Februari 18). Can a computer fall in love if it doesn’t have a body? Wired. Dipetik daripada https://www.wired.com/2014/02/her-artificial-intelligence-love/

Manusia Dan AI Boleh Bercinta Di Masa Hadapan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list