Artikel Terkini

Masjid, surau Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah mulai malam ini

Masjid, surau Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah mulai malam ini
Masjid, surau Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah mulai malam ini 1

BANGI, 19 Ramadan 1443, Khamis – Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah ketika solat Subuh, solat Jumaat serta solat sunat witir Tarawih sepanjang Ramadan bermula malam ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Qunut Nazilah ini bertujuan mendoakan kesejahteraan dan keamanan di bumi Palestin khususnya dan di Malaysia amnya.

Katanya, ia susulan saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melaksanakan bacaan Qunut Nazilah berikutan tragedi pencerobohan yang berterusan ke atas Masjid al-Aqsa.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di bulan Ramadan yang mulia adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyatan.

Bermula semalam, tiga masjid utama membabitkan Masjid Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mengadakan bacaan doa Qunut Nazilah ketika solat sunat witir setiap malam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff memaklumkan ia adalah inisiatifnya khusus untuk keselamatan dan keamanan buat umat Islam di Palestin yang kini berdepan konflik.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Masjid, surau Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah mulai malam ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list