Artikel Terkini

Maszlee minta maaf kepada penyokong UMNO

Maszlee minta maaf kepada penyokong UMNO
Maszlee minta maaf kepada penyokong UMNO 1

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan yang juga penyandang kerusi parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik memohon maaf kepada penyokong UMNO kerana kata-katanya dalam video yang tular hari ini.

“Saya memohon maaf jikalau kata-kata saya mengguris hati penyokong umno apabila membuat generalisasi terhadap pakcik yang ketika itu sedang marah,” katanya.

Dalam hantaran di laman sosial, Maszlee berkata, beliau mengeluarkan kata-kata: “Dah rakam? Inilah perangai UMNO” dalam reaksi kepada tindakan seorang lelaki yang menghalaunya ketika berkempen.

Lelaki yang merupakan penduduk kampung di situ bertanya kepada Maszlee apa yang beliau telah buat sepanjang menjadi wakil rakyat di situ dan memintanya beredar dari kawasan tersebut.

Lelaki berkenaan berkata orang politik tidak dibenarkan berada di situ manakala Maszlee pula mempertahankan kehadirannya adalah untuk membantu rakyat.

Maszlee sempat bertanya kepada penyokongnya “dah rakam?” sambil menyambung dengan menyamakan tindakan lelaki itu menghalaunya keluar adalah perangai orang UMNO.

Lelaki tersebut membalas bahawa beliau tidak berminat dengan politik dan bukan orang UMNO.

Terdahulu sebelum masuk ke kawasan tersebut, seorang lelaki juga memarahi Maszlee dan bekas menteri pendidikan itu membalas dengan berkata: “Anak cucu pakcik malu tengok perangai macam ni.”

Bagaimanapun, keadaan itu ditenangkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian. –

Sementara itu dalam hantaran yang sama, Maszlee memuji calon Barisan Nasional di Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad yang menurut beliau bersikap profesional ketika mereka terserempak semasa berkempen. – MalaysiaGazette

 

 

Maszlee minta maaf kepada penyokong UMNO 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list