Artikel Terkini

Melaka mohon PM nilai semula tindakan batal projek tebatan banjir RM7 bilion

Melaka mohon PM nilai semula tindakan batal projek tebatan banjir RM7 bilion
Melaka mohon PM nilai semula tindakan batal projek tebatan banjir RM7 bilion 1

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula keputusannya membatalkan kelulusan projek rancangan tebatan banjir (RTB) bernilai RM7 bilion di seluruh negara yang diputuskan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ini kerana pembatalan projek berkenaan hanya akan menyukarkan lagi kehidupan seharian penduduk yang terpaksa menghadapi bencana banjir saban tahun.

Menurutnya, di Melaka terdapat beberapa projek RTB keseluruhannya bernilai hampir RM1 bilion termasuk ada diantaranya melalui proses rundingan terus antara kontraktor dan kerajaan sebelum ini.

“Saya minta Perdana Menteri (PM) menilai semula mana projek yang dikatakan RM7 bilion itu sebab di Melaka kita ada projek RTB bernilai hampir RM1 bilion, iaitu RM930 juta seperti di Krubong, Sungai Duyong, Jasin, Alor Gajah dan Merlimau.

“Jadi saya minta juga PM pertimbangkan perkara ini sebab semua RTB ini adalah khusus untuk isu hari ini, untuk mengurangkan kadar banjir di negeri Melaka ini yang mana semua sedia maklum banjir adalah isu nombor satu di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Seri Duyong di Kampung Permatang Duyong, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Selasa lalu, Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak untuk tidak meneruskan kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion oleh kerajaan terdahulu kerana membabitkan kelulusan secara rundingan terus sebelum ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, pembatalan atau penangguhan projek RTB untuk siasatan semula hanya akan menjejaskan cadangan kerajaan negeri Melaka dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mengurangkan masalah banjir.

“Saya mohon PM melihat semula kawasan terutamnya RTB yang perlu segera disiapkan bagi mengelakkan lagi isu banjir kerana di Melaka hampir keseluruhan empat atau lima projek RTB sudah pun bermula sejak September lalu.

“Saya tahu memang projek ini yang melalui proses rundingan terus dan ada juga yang tidak jadi saya mohon pembatalan ini dinilai semula khususnya di Melaka yang mana banjir ini menjadi isu besar bagi kita,” katanya. – MalaysiaGazette.

Melaka mohon PM nilai semula tindakan batal projek tebatan banjir RM7 bilion 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list