Artikel Terkini

Mengaku adik beradik elak dicekup berkhalwat

Mengaku adik beradik elak dicekup berkhalwat
Mengaku adik beradik elak dicekup berkhalwat 1

MELAKA – Helah sepasang kekasih mengaku adik beradik kononnya bagi mengelak diperiksa pihak berkuasa gagal apabila mereka dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di Klebang, di sini, Ahad lalu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 29 tahun itu pada awalnya bertegang urat dengan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengatakan gadis bersamanya berusia 28 tahun adalah adiknya ketika diperiksa pada pukul 1.55 pagi.

Bagaimanapun selepas hampir lima minit, situasi tegang itu reda apabila mereka gagal membuktikan dokumen hubungan sah sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, terdahulu, pasangan itu mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu hotel bajet di Klebang ketika diperiksa penguatkuasa.

“Ketika diminta menjelaskan situasi berdua-duaan dengan seorang wanita, pemuda itu berkali-kali mendakwa pasangannya itu adalah adiknya.

“Namun, setelah hampir lima minit menjelaskan perkara itu tanpa sebarang bukti dan dokumen, mereka akhirnya mengaku bukan adik beradik dan bermalam di situ untuk berehat,” katanya, di sini, hari ini.

Menurutnya, pasangan itu adalah antara 10 pasangan kekasih yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu Cina di kawasan Simpang Ampat dan Rembia, di sini, awal pagi Ahad lalu.

Tambahnya, semua yang diperiksa berusia 19 hingga 56 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.

Sabit kesalahan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, kejayaan itu juga adalah hasil kerjasama daripada orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (RASIM) yang menyalurkan maklumat dan membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat.

“JAIM mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) melalui link https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka secara dalam talian,” katanya. – MalaysiaGazette.

Mengaku adik beradik elak dicekup berkhalwat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list