Artikel Terkini

Mengapa Bayi Selalu Lahir Pada Waktu Malam?

Mengapa Bayi Selalu Lahir Pada Waktu Malam?
Mengapa Bayi Selalu Lahir Pada Waktu Malam? 1
Follow our Telegram

Spesies primat termasuk manusia kebiasaanya melahirkan anak pada waktu mereka paling kurang aktif dalam sehari. Waktu malam selalunya menjadi tempoh kelahiran berlaku tetapi ia mengundang persoalan mengapa waktu tersebut menjadi pilihan. Ia berkemungkinan ada kaitan dengan suhu badan menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Biology Letters.

Menerusi kajian berkenaan, pasukan pengkaji memerhatikan corak kelahiran anak monyet Vervet. 24 ekor monyet Vervet betina dipilih untuk kajian tersebut dengan suhu setiap monyet direkodkan dalam tempoh pemerhatian.

Mengapa Bayi Selalu Lahir Pada Waktu Malam? 2
Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Dapatan mereka mendapati suhu badan monyet Vervet betina menurun semasa proses kelahiran berlaku. Suhu badan monyet-monyet ini kemudiannya kembali normal selepas selesai melahirkan anak mereka. Ini jelas menyokong mengapa anak-anak primat lahir pada tempoh yang kurang aktif dalam sehari dengan persekitaran dan penurunan suhu memainkan peranan utama.

Penurunan suhu dilihat meningkatkan keberkesanan pengawalan haba semasa proses kelahiran anak primat berlaku. Dan ini juga turut dikesan dalam corak kelahiran bayi manusia. Penurunan suhu badan ibu mengandung ini mempunyai kaitan dengan ritma sirkadian dan bukannya kedudukan matahari.

Bagi para ibu mengandung, kelahiran bayi biasanya berlaku pada waktu malam. Tetapi bagi spesies primat nokturnal, waktu terbaik untuk melahirkan anak ialah pada waktu siang yang juga waktu untuk mereka berehat.

Usah terkejut jika anda melihat waktu kelahiran anda berlaku sama ada pada waktu malam atau awal pagi. Ini berdasarkan satu kajian pada 2018 yang mendedahkan 71.5% kelahiran spontan berlaku pada waktu malam hingga awal pagi (12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi). Ini turut menjadikan kelahiran pada waktu siang sebagai sesuatu yang bersifat minoriti.

Mengapa Bayi Selalu Lahir Pada Waktu Malam? 3
Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Dengan memahami corak kelahiran spesies primat termasuk manusia, ia diharap dapat membantu manusiawi menambahbaik cara mengurus ibu mengandung dan bayi semasa kelahiran berlaku. Ini termasuk mengenalpasti risiko kesihatan yang berkait dengan proses kelahiran bayi seperti air ketuban pecah awal, kadar degupan jantung bayi yang tidak normal dan pendarahan yang banyak.

RUJUKAN

Funnell, R. (2022, 26 Januari). Why Are Most Babies Born At Night? Monkey Study Points To Body Temperature. IFLScience.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Mengapa Bayi Selalu Lahir Pada Waktu Malam? 4[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list