Infotainment

Merendah Diri Di Indonesia, Iqbal Makan Di Tepi Jalan Untuk Rasai Kesusahan Rakyat

Merendah Diri Di Indonesia, Iqbal Makan Di Tepi Jalan Untuk Rasai Kesusahan Rakyat
Merendah Diri Di Indonesia, Iqbal Makan Di Tepi Jalan Untuk Rasai Kesusahan Rakyat 1

Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli kini membawa diri ke Indonesia dan ada kemungkinan mahu berhijrah ke negara seberang itu untuk merawat hati.

Meskipun berada di negara seberang, namun usahawan itu tidak lekang daripada kontoversi. Terbaru, perkongsian Iqbal menjadi tumpuan apabila tampil merendah diri di sana.

BACA: Hidup Sunyi, Ahmad Iqbal Luah Hasrat Nak Ambil Anak Angkat

Iqbal berkata disana dia makan di tepi jalan dan sanggup sanggup meletakkan kereta Mercedes miliknya di hotel hanya ingin merasai kehidupan rakyat di sana. Menurut Iqbal, dia berbuat demikian untuk melatih dirinya menjadi seorang yang rendah diri dan pasti akan disayangi ramai.

“Saya rendah hati saja di Indonesia. Betul kan? Lihat saja saya makan di tepi jalan. Mercedes saya parking di hotel sanggup naik tuk tuk. Tidak macam-macam.

“Ini saya belajar dari ramai orang, katanya ramai sayang kalau kita humble begini, mohon share untuk dijadikan teladan,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen sinin terhadap usahawan itu yang tidak habis-habis mahu meraih perhatian semata-mata.

Malah, ada yang menyindir Iqbal memalukan diri sendiri dan kononnya dia anak raja kerana tidak pernah melakukan semua perkara itu.

Baru-baru ini, Iqbal mengakui hidupnya sunyi dan meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat.  Iqbal berkata dia bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan sudah tiba masanya dia memikirkan perkara itu.


Merendah Diri Di Indonesia, Iqbal Makan Di Tepi Jalan Untuk Rasai Kesusahan Rakyat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo