Seorang wanita di Medan, Indonesia sanggup berpura-pura mati apabila dia membalutkan dirinya dengan kain kafan hanya kerana tidak mahu melangsaikan hutang.
Artikel berkaitan : Nekad Curi Gelang Emas Untuk Langsaikan Hutang Kereta Teman Lelaki, Wanita 22 Tahun Ditahan
Artikel berkaitan : Hilang Selama 4 Hari, Anak Terkejut Jumpa Mayat Ibu Disumbat Dalam Peti Sejuk Belakang Rumah
Artikel berkaitan : Wanita Cetak Muka Rakan Culas Bayar Hutang Di Buku Yassin, Edar Kepada Keluarganya
Si ibu pura-pura meninggal dunia
Wanita yang hanya mahu dikenali dengan inisial L memuat naik hantaran di Facebook dengan menggunakan akaun anaknya memaklumkan dirinya sudah meninggal dunia akibat kemalangan di jambatan dan ‘jenazahnya’ akan dikebumikan di Acheh.
Malah, dia turut memuat naik beberapa foto menunjukkan dirinya menjadi ‘jenazah’ yang dibalut dengan kain kafan.
Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L untuk membayar hutang, namun wanita terbabit mengatakan dia tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.
Anak tampil jelaskan perkara sebenar
Selepas tarikh pembayaran yang dijanji tiba, L minta agar tempoh pembayaran dipanjangkan sehingga 6 Disember lalu. Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran dengan menggunakan akaun anaknya dan mendakwa dirinya sudah meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, anaknya, Najwa Almira Ginting kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan wanita terbabit bertindak sedemikian kerana tidak mahu membayar hutang. Malah, dia turut meminta pihak pemiutang untuk memaafkan perbuatan ibunya.
Sumber : Merdeka.com
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo