Artikel Terkini

Muncul Buat Persembahan Khas Di Sepang, Peminat Terkejut Psy Berada Di Malaysia

Muncul Buat Persembahan Khas Di Sepang, Peminat Terkejut Psy Berada Di Malaysia
Muncul Buat Persembahan Khas Di Sepang, Peminat Terkejut Psy Berada Di Malaysia 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Oppa Gangnam Style‘, bait-bait korus yang diserikan dengan tarian ‘tunggang kuda’ pernah menjadi fenomena dunia pada tahun 10 tahun lalu, dipopularkan oleh rapper Korea Selatan, Psy.

Pada bulan lalu, ada beberapa portal tempatan melaporkan artis Korea Selatan itu akan mengadakan persembahan di Malaysia pada sekitar bulan Jun,  dalam satu acara tertutup.

Muncul Buat Persembahan Khas Di Sepang, Peminat Terkejut Psy Berada Di Malaysia 2

Akhirnya, hari tersebut telah menjadi kenyataan, apabila pada malam 3 Jun, Sabtu, telah berlangsungnya acara tertutup ‘SVO Grand International Fiesta’ di Litar Antarabangsa Sepang yang mana Psy menjadi highlight utama dalam acara tersebut.

@je_pong

Reply to @goyoung.official yess!! #PSY is in Malaysia today 😍 #thatthat @42psy42

♬ That That (prod. & feat. SUGA of BTS) – PSY

Menerusi beberapa perkongsian video oleh pengunjung yang hadir ke acara malam semalam, ternyata acara tersebut meriah dengan pengunjung yang sekian lama menunggu kehadiran Psy datang membuat persembahan di negara ini.

Dalam pada itu, ramai juga peminat Psy berasa sangat kecewa terlepas peluang untuk melihat persembahan artis Korea Selatan itu kerana langsung tidak mengetahui mengenai acara tersebut.

Menurut beberapa warganet, berita mengenai persembahan Psy di Malaysia sudah diwar-warkan sejak akhir bulan lalu lagi. Namun oleh sebab beliau dijemput khas untuk memeriahkan acara tertutup, jadi promosinya tidaklah secara meluas seperti acara konsert-konsert lain.

Muncul Buat Persembahan Khas Di Sepang, Peminat Terkejut Psy Berada Di Malaysia 4

Sumber Gambar: TikTok @@je_pong

Selain Psy, antara beberapa artis ternama yang berkongsi pentas dengan beliau ialah Namewee, DJ Alexis Grace, DJ Joel Parisz, DJ Amber Na dan Ratu Rock Malaysia, Ella.

Untuk rekod, setakat hari ini video klip lagu ‘Gangnam Style’ yang dimuat naik ke platform YouTube pada tarikh 15 Julai 2012 sudah mencecah lebih 4.4 bilion tonton dari seluruh dunia.

“Gangnam Style ialah trofi terbesar dan terhebat dalam hidup saya,” kata Psy dalam satu temu ramah bersama AFP.

Baca lagi artikel-artikel mengenai hiburan dari Korea Selatan yang pernah The Vocket kongsikan sebelum ini menerusi pautan di bawah.

Bekas Bintang K-Pop Terkenal Dedah ‘Tipu Helah’ Agensi Hiburan Korea

Gagal SPM Bukan Penghalang Individu Ini Jadi Penterjemah Blackpink Dan Artis Korea Lain

10 Lagu Ikonik K-Pop Yang Pernah ‘Menghantui’ Dan Didengari Rakyat Malaysia


Muncul Buat Persembahan Khas Di Sepang, Peminat Terkejut Psy Berada Di Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list