Infotainment

Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – ‘Itu Rahsia Tuhan’

Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – ‘Itu Rahsia Tuhan’
Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – 'Itu Rahsia Tuhan' 1

Isu & Kontroversi

Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – ‘Itu Rahsia Tuhan’

Perkahwinan penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli, dengan seorang ibu tunggal anak satu iaitu Farra Inalis Hussni bukan lagi rahsia. Biarpun sudah masuk hari ketiga pasangan ini bergelar suami isteri namun masih menjadi bualan wargamaya di media sosial.

Artikel berkaitan: Tahniah! Caprice Pilih Wanita Kelantan Jadi Isteri

Artikel Berkaitan: Caprice Jadi Daddy ‘Segera’, Peminat Pesan Jaga Amanah Allah Dengan Baik – ‘Sayangi Dia Sepenuh Hati’

Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – 'Itu Rahsia Tuhan' 4

Ketika dihubungi OhBulan!, Ariz menyatakan soal jodoh merupakan sebahagian ketentuan dan takdir daripada Allah SWT yang tidak diketahui oleh mana-mana manusia.

Ditanya responnya apabila netizen lebih fokus kepada status janda yang dipegang isterinya sebelum dinikahi, Ariz, 33, berkata individu masa sekarang harus mengubah cara pemikiran. Tegasnya, tidak ada salah atau cela apabila anak teruna berkahwin dengan janda.

Kita tak pernah pilih pasangan atau kawan dari segi dia punya masa lalu. Kebetulan orang yang kita suka dan orang yang paling banyak pandai nasihat dan jaga kita adalah seorang single-parent. Netizen ada hak nak fokus apa-apa sahaja. Terpulang..

Masing-masing ada jodoh. Itu rahsia Tuhan. Ramai yang soal kenapa ibu tunggal? Bagi saya, kena ubah pemikiran terhadap ibu tunggal. Tidak ada yang salah!

Saya sebenarnya bertuah kerana telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Aleesya seorang kanak-kanak yang bijak dan sangat cepat untuk memahami kami.

Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – 'Itu Rahsia Tuhan' 6

Dalam pada itu, sempat diselit mengenai isu yang terpalit pada penyanyi Lenglui pada tahun 2009 yang diungkit semula oleh netizen di laman Twitter sejurus selepas mengetahui isterinya berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.

Ringkas jawapan daripada ahli perniagaan ini;

Netizen kena move on dari tahun 2019.

Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – 'Itu Rahsia Tuhan' 8

Bercerita mengenai hubungannya dengan anak tiri, Aleesya Sofea, Ariz akui mereka mempunyai hubungan yang rapat. Katanya lagi, Aleesya pernah memanggil dirinya dengan panggilan ‘Abang Bro Caprice’.

Ya, saya sangat rapat dengan Alessya. Dia panggil saya daddy. Tapi bila dia nak kacau saya dia panggil ‘Abang Bro Caprice’. Pernah satu hari tu dia tiba-tiba panggil saya dengan panggilan itu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Ariz memberitahu dia dan Inalis tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat.

Pada Isnin lalu, foto perkahwinan pasangan ini tular selepas dikongsikan oleh seorang individu bernama Yasser Khan di Instagram Stories. Hantaran berkenaaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.


Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – 'Itu Rahsia Tuhan' 10

The following two tabs change content below.


Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – 'Itu Rahsia Tuhan' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list