Artikel Terkini

Nak Tengok Bagaimana Uthmaniyah Beraya, Tengok Turki

Nak Tengok Bagaimana Uthmaniyah Beraya, Tengok Turki
Nak Tengok Bagaimana Uthmaniyah Beraya, Tengok Turki 1

Umat Islam hari ini mendapat akses Internet laju yang stabil. Jadi ramai pakat menyertai media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Sambil bertukar pendapat dan bersantaian, mereka pakat berkongsi keindahan budaya terutamanya pada hari-hari mulia seperti Aidilfitri misalnya. Turki tidak terkecuali dalam perkara ini.

Malah Turki adalah negara adimajoriti (supermajority) Islam. Walaupun berangka besar (95+ peratus Islam), negara Turki berbagai etnik minoriti seperti Arab, Bosnia, Kurdi misalnya. Ada pecahan Parsi dan tidak lupa juga pada Albania dan Chechnya.

Jadi rata-ratanya mempamerkan keindahan budaya masing-masing. Walau bagaimanapun, semua dalam kalangan bangsa dalam Turki menyambut “Seker Bayrami”. Tradisi ini sebenarnya diwarisi sejak zaman Uthmaniyah lagi.

Melayu dan Turki Bersaudara

Seker Bayrami membuktikan yang Melayu dan Turki sebenarnya bersaudara. Bukan konspirasi atau romantisme pun sebenarnya. Ada dua benda kena ulas pasal Seker Bayrami yang secara istilah bermaksud “Majlis Gula”. Kalau cakap begini orang mesti terbayang “majlis orang makan gula-gula begitu banyak”.

Persiapan Aidilfitri di Masjid Kocatepe

Salah sebenarnya.Seker Bayrami dipercayai berputik daripada sebutan yang salah. Sepatutnya “Sukur Bayrami” iaitu “majlis pada hari yang patut disyukuri”. Macam pelik pula bunyinya – takkan satu budaya boleh berputik daripada typo semata-mata?

Begini. Turki hari ini menulis dengan skrip Latin (bahasa rumi). Tetapi Uthmaniyah yang dahulu guna skrip Arab (bahasa Jawi). Skrip Arab sedikit terhad untuk menyampaikan intonasi “e”.

Jadi “Sukur Bayrami” secara tidak sengaja menjadi “Seker Bayrami”. Situasinya sangat sama dengan Melayu: “harapkan pagar, pagar makan padi” walhal perkataan asal bukan “pagar”.

Majlis Gula Yang Manis

Sejarawan Turki bernama Murat Bardakci mengulas sedikit sebanyak pasal Sukur Bayrami. Rakyat Uthmaniyah dulu memanjatkan rasa kesyukuran kerana berjaya memenuhi kehendak-Nya (iaitu berpuasa penuh sepanjang Ramadan). Mereka akan berarak sana sini untuk menunjukkan semangat sambutan itu sendiri.

Kalau zaman sekarang, bukan main ramai orang tegang bulu dada sampai bulu ketiak hentam bid’ah itu ini dengan dagu mencacak sampai terberanak.

Tetapi Turki tenang menikmati arus pembudayaan. Mereka menghidang berdulang-dulang baklava untuk dinikmati jiran tetangga.

Baklava.

Kemudian orang ramai berarak… sama macam tradisi Uthmaniyah dulu. Semata-mata mahu menghidupkan kesucian Aidilfitri. Kemudian mereka kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarah antara satu sama lain. Yang dewasa memberi duit raya pada kanak-kanak, yang kemudian berbelanja membeli gula-gula.

Jadi sekarang semua boleh nampak macam mana “Sukur Bayrami” menjadi “Seker Bayrami”. Majlis Syukur menjadi Majlis Gula. Secara simbolik, gula-gula menjadi sebati dengan kesucian Aidilfitri yang berlarutan selama tiga hari (The Istanbul Insider, n.d.).

Maniskan mulut semasa Syawal.

Dan tahun 2022 dijangka menjadi tahun Sukur Bayrami yang paling penting dalam sejarah. Kerana sudah dua tahun Turki kurang menyambutnya angkara pandemik COVID-19.

Sukur Bayrami Dalam Falsafah

Orang ramai selalu bermain falsafah apabila berbicara tentang Ramadan. Falsafahnya, Islam menyediakan satu bulan khas yang mana orang kaya berlapar macam orang miskin.

Walaupun bukan rukun, falsafah ini menjadi sebahagian daripada jiwa Uthmaniyah terdahulu. Sebulan orang miskin mampu bersahur dan berbuka puasa tanpa perlu bimbang tiada makanan kerana ramai orang kaya turun masjid menyediakan makanan.

Tetapi penyediaan makanan selalunya terhenti semasa Aidilfitri. Maka Sukur Bayrami menjadi pelampung sementara untuk golongan miskin. Majlis ini bermula selepas majlis berbuka puasa terakhir… apabila orang kaya memberi sedikit wang kepada tetamu dalam kesempitan. Wang ini dipanggil “dis kirasi”, bermaksud “sewa gigi”.

Sesetengah orang tidak suka memberi wang kepada orang susah. Jadi mereka pergi ke pasar berdekatan sambil bertanya, “ada tak sesiapa berhutang barangan runcit?”

Maka peniaga pun cakaplah nama-nama orang berhutang macam Naim, Aishah, Syafiq bagai… lalu mereka membayar hutang tersebut tanpa pengetahuan orang berhutang (Ergil, 2021).

RUJUKAN:

Ergil, L. (2021, Mei 12). Turkish and Ottoman traditions for Eid al-Fitr: A time for gratitude. Daily Sabah.

The Istanbul Insider. (n.d.). Sugar Feast or Seker Bayrami – the End of Ramadan.

Nak Tengok Bagaimana Uthmaniyah Beraya, Tengok Turki 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list