Artikel Terkini

Nana Mahazan Seronok Anak Dah Mula Berhijab

Nana Mahazan Seronok Anak Dah Mula Berhijab
Nana Mahazan Seronok Anak Dah Mula Berhijab 1

Mula berhijab pada Ogos 2021, penghijrahan pengacara Nana Mahazan mendapat reaksi positif daripada peminat yang teruja serta meluahkan rasa syukur.

Terbaru, Nana meluahkan rasa terkejut anak perempuannya, Althea Raqeem Barian kini berusia 12 tahun mahu memakai tudung dan kini sudah masuk empat bulan anaknya itu sudah berhijab.

BACA: Nana Mahazan Menangis Setiap

“Dia membuat keputusan itu tanpa sebarang paksaan. Pada awalnya dia bertanya kepada saya adakah setiap wanita perlu memakai tudung selepas datang haid.

“Saya pun menjawab pertanyaannya itu dan memberitahu pemakaian tudung ini adalah wajib bagi wanita untuk menutup aurat. Tapi saya maklumkan padanya yang saya pun mula pakai tudung sejak tahun lalu.

“Ketika saya belum bertudung, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Tapi mungkin selepas melihat saya sudah mula bertudung dan rakan-rakan sekolahnya pun sama membuatkan banyak persoalan bermain dalam fikirannya.

“Alhamdulillah ketika saya menghantar anak-anak ke rumah keluarga kerana saya dan suami pergi bercuti pada Jun lalu, mak saya hantar gambar Athea bertudung dan keesokan harinya ketika mereka pergi mandi sungai pun dia masih nak pakai tudung. Jadi bermula dari situlah dia berhijab sehingga sekarang,” katanya.

Nana berkata sebagai ibu sudah tentu dia rasa gembira dengan perubahan anaknya itu serta berharap Althea akan terus kekal istiqamah.  Malah, Nana berkata dia turut mengeluarkan koleksi tudung khas sempena nama anaknya untuk kegunaan harian.

“Mestilah saya seronok apabila anak nak buat perkara baik. Bayangkan saya beli 14 helai tudung apabila dapat tahu dia nak bertudung.

“Malah saya juga sanggup keluarkan tudung Sisterhood edisi khas sempena nama anak saya kerana dia minat warna-warna yang lebih selamat untuk kegunaan harianya.

“Apapun keputusannya saya nak dia tahu yang saya sentiasa menyokong dan sanggup buat apa saja. Saya juga bersyukur apabila menerima mesej positif daripada peminat mengenai perubahan anak saya ini,”vkatanya.


Nana Mahazan Seronok Anak Dah Mula Berhijab 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list