Artikel Terkini

Netizen Pertikai Pelajar Tajaan MARA ‘Mengadu’ Kos Sara Hidup Luar Negara Tinggi

Netizen Pertikai Pelajar Tajaan MARA ‘Mengadu’ Kos Sara Hidup Luar Negara Tinggi
Netizen Pertikai Pelajar Tajaan MARA 'Mengadu' Kos Sara Hidup Luar Negara Tinggi 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Orang ramai mempersoalkan tindakan Pengerusi Kelab UMNO United Kingdom & Ireland yang menghantar memorandum peningkatan kos sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara sedangkan beberapa bantuan yang patutnya disalurkan untuk pelajar di dalam negara masih berada dalam fasa yang kurang memuaskan.

Dalam ciapan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, beliau berkata telah menerima memorandum dari wakil pelajar Pengerusi Kelab UMNO, Muhammad Iman Irfan Yahya dalam satu pertemuan khas di London.

“Memorandum setebal 30 muka surat ini disediakan hasil kajian selama 2 bulan yg membabitkan 400 respondan dalam kalangan pelajar. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan menerusi memorandum ini yg akan memudahkan pihak kementerian saya dan pengurusan tertinggi MARA dalam menyelesaikan masalah berkaitan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA di luar negara.

“Saya ambil berat isu ini dan diberi perhatian serius kerana salah satu agenda lawatan kerja saya ke UK ini adalah untuk mendapatkan maklum balas secara terus daripada pelajar,” katanya dalam ciapan yang dimuat naik pada Jun 14, 2022.

Ciapan tersebut bagaimanapun menerima maklum balas yang negatif daripada rakyat Malaysia, terutamanya di media sosial twitter. Sejak dimuat naik, lebih 500 ciapan balas daripada rakyat Malaysia yang mempersoal tindakan menghantar memorandum kos sara hidup pelajar tajaan MARA di luar negara.

Namun sebahagian netizen pula bersetuju jika elaun tambahan diberikan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi untuk pelajar tajaan MARA di luar negara itu melibatkan pelajar yang datang daripada keluarga miskin.

Untuk rekod, MARA telah menaja 1,500 pelajar mengikuti pengajian di universiti luar negara pada tahun ini. Mereka antara 3,391 pelajar tajaan agensi berkenaan yang sedang melanjutkan pengajian di 24 negara dengan 1,422 berada di United Kingdom (UK).

Selain itu, sebanyak 89 peratus pelajar tajaan MARA merupakan golongan daripada B40 yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf global. Sehingga 30 September lalu, Mara telah menaja seramai 50,555 pelajar. Ia merangkumi 44,994 pelajar atau 89 peratus daripada golongan B40, selain 5,055 pelajar (10 peratus) daripada M40, dan 506 pelajar (satu peratus) daripada T20.

Kajian mendapati kos sara hidup di Kuala Lumpur murah, anda hanya perlukan RM3,300 sebulan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kajian Mendapati Kos Sara Hidup Di Kuala Lumpur Murah, Anda Hanya Perlukan RM3,300 Sebulan

Kuala Lumpur Adalah Bandar Ketiga Paling ‘Overworked’ Di Dunia, Lapor Kajian Antarabangsa

Lelaki Ini Terkejut Selepas Bandingkan Realiti Gaji Sebagai ‘Engineer’ Di Jepun Dengan Malaysia


Netizen Pertikai Pelajar Tajaan MARA 'Mengadu' Kos Sara Hidup Luar Negara Tinggi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list