Artikel Terkini

Netizen ‘Tweet’ Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Bersuara

Netizen ‘Tweet’ Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Bersuara
Netizen ‘Tweet’ Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Bersuara 1

Netizen ‘Tweet’ Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Bersuara

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tindakan seorang pengguna Twitter yang berani mati membuat ciapan ‘rembat kepala’ Jebat Jayden telah menarik perhatian ayahnya iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tarian ‘Baby Shark’ Versi Sharnaaz & Jebat Jayden Buat Netizen Terhibur. Siap Lompat Lagi!

Daftar dengan details yang tepat

Netizen ‘Tweet’ Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Bersuara 3

Ketika dihubungi OhBulan!, Sharnaaz mencadangkan agar kerajaan mewajibkan setiap pengguna media sosial berdaftar dengan maklumat yang sahih.

Kata usahawan berumur 37 tahun, perbuatan itu boleh menumpaskan aktiviti ‘keyboard warrior’ yang menjadikan platform tersebut sebagai medan untuk meluahkan kata-kata yang berbaur negatif.

Mudah saja.. Kerajaan perlu wartakan setiap pengguna media sosial perlu berdaftar supaya pemilik akaun adalah pemilik satu entiti yang mudah dikenal pasti dan bukan akaun palsu.

Jadi mudah pihak berkuasa tangani masalah keyboard worrior dan ancaman pada individu lain.. Contoh seperti budak spender (seluar dalam) pun mak beli. Kerajaan perlu lebih peka. Ini untuk kebaikan semua.

Ditanya sama ada dia sudah menerima permohonan maaf, pelakon drama I Promise Janji Anaqi ini enggan ambil peduli.

 Tak penting pun. Sebab kebanyakan keyboard warrior ini memang depan-depan menggigil. Jadi abaikan.. move forward.

Nak rembat kepala

Netizen ‘Tweet’ Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Bersuara 4

Pada Rabu, pemilik akaun @Anisafka telah membuat satu ciapan yang berbunyi; ‘Anak Sharnaaz si Jebat tu kalau aku rembat kepala dia eeeiii.’

Tanpa perlu menunggu lama, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad terus memberi respon.

Kenapa ya? Kalau saya rembat kepala awak boleh? Bagitau bila boleh?

Bagaimanapun, ‘tweet’ itu telah dipadam serta akaun tersebut diletakkan dalam mod privasi.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad


Netizen ‘Tweet’ Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Bersuara 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list