Artikel Terkini

‘No Comment…Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah…’

‘No Comment…Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah…’
'No Comment...Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah...' 1

‘No Comment…Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah…’

‘No Comment…Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah…’ – Sanusi

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak mahu mengulas mengenai gesaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung kenyataannya mengenai seorang individu yang didakwa mengawal Liga Malaysia, sebelum ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan beliau digelar ‘derhaka’ dan melawan institusi raja.

Jelasnya, sewajarnya tiada istilah ‘derhaka’ dibangkitkan sekiranya ia melibatkan sukan bola sepak.

No comment (berkaitan gesaan yang dibuat TMJ), nanti ada orang kata saya lawan raja pulak,

“Diorang ini kalau tak ada hujah, depa kata (saya) lawan raja, derhakalah, apalah (macam-macam), ini (sukan) bola (sepak), (mana ada istilah) derhaka apalah…,” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC) di Kulim, pada Isnin.

Terbaharu, TMJ bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan SanusI baru-baru ini.

Menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin, Tunku Ismail menggesa Muhammad Sanusi agar mendedahkan identiti individu dimaksudkan beliau, yang didakwa ‘mengawal’ Liga Malaysia.

'No Comment...Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah...' 3

Sanusi pada Sabtu, sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk menolak budaya ‘supreme’ atau memberikan kuasa penuh kepada seseorang individu dalam sukan bola sepak.

Menurutnya, kenyataan ‘tokong’ yang dibuat sebelum ini adalah selepas wujud campur tangan ‘orang’ tertentu dalam memberi dan mengaturkan arahan kepada pasukan-pasukan lain, selain turut menghadiahkan bonus kepada mereka sekiranya berjaya mengalahkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC).

Perdebatan antara TMJ dan Sanusi mulai ‘panas’ selepas pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad dari pasukan KDAFC tidak sampai semusim tempoh pinjamannya di kelab yang berpangkalan di utara tanah air itu.

Keputusan itu dilihat dilakukan selepas kenyataan secara terbuka Sanusi berhubung isu pengadilan dan gelaran ‘tokong’ yang diberikan kepada individu tertentu dalam sidang media selepas Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Rabu lalu.-AA

‘No Comment…Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah…’ – Sanusi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

'No Comment...Nanti Orang Cakap Saya Lawan Raja Pulak, Derhakalah, Apalah...' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list
Sidebar
error: Content is protected !!