Infotainment

No Way Home’ Catat Kutipan Box Office Melepasi AS$1 Bilion!

No Way Home’ Catat Kutipan Box Office Melepasi AS Bilion!
No Way Home' Catat Kutipan Box Office Melepasi AS$1 Bilion! 1
December 27th, 2021 | by Iman

Kini Trending

No Way Home' Catat Kutipan Box Office Melepasi AS$1 Bilion! 2

Filem terbaru keluaran Marvel, ‘Spider-Man: No way Home’ telah mencatat kutipan box office sehingga AS$1 bilion di seluruh dunia. Walaupun seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, namun ianya masih lagi kekal di puncak carta box office selepas dua minggu ditayangkan.

Artikel berkaitan: Baru Ditayangkan, Netizen Geram Ramai Kongsi ‘Spoiler’ Spider-Man..Siap Ada Video Lagi!

No Way Home' Catat Kutipan Box Office Melepasi AS$1 Bilion! 4

Menurut Sony Pictures Entertainment, ‘No way Home’ juga telah berjaya mencapai jumlah kutipan tersebut dalam masa hanya dua minggu dan kecemerlangan wira-wira tersebut menghasilkan kutipan sebanyak AS$467.3 juta (RM1.9 bilion) daripada teater Amerika Utara dan AS$587.1 juta (RM2.4 bilion) lagi daripada pasaran antarabangsa.

Filem ini juga dengan mudahnya mendapat kutipan hampir AS$81 juta (RM339.1 juta) dengan menakluki cuti hujung minggu tiga hari di Amerika utara daripada 4,336 lokasi yang lain di Amerika Syarikat dan Kanada. Lebih menarik lagi, filem ini telah berjaya mencapai kutipan tertinggi walaupun di musim pandemik Covid-19 terutamanya varian Omicron sedang mengganas.

Sementara itu, filem terbitan Universal, ‘Sing 2’ berada di tangga kedua dengan AS$23.8 juta (RM99 juta), diikuti filem ‘The Matrix Resurrections’ terbitan Warner Bros catat kutipan AS$12 juta (RM50 juta) dan menduduki di tangga ketiga box office.

Sumber: Nbcnews.com 


No Way Home' Catat Kutipan Box Office Melepasi AS$1 Bilion! 6

The following two tabs change content below.

“Live is short and it is here to be lived”


No Way Home' Catat Kutipan Box Office Melepasi AS$1 Bilion! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo