Artikel Terkini

P. Pinang sambung taja feri percuma sehingga Jun 2023

P. Pinang sambung taja feri percuma sehingga Jun 2023
P. Pinang sambung taja feri percuma sehingga Jun 2023 1

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambung penajaan program feri percuma selama enam bulan bermula esok hingga 30 Jun 2023.

Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, perbelanjaan yang menelan kos berjumlah  RM468,000 itu adalah seiring dengan lanjutan pembiayaan Pas Mutiara oleh kerajaan negeri yang telah diumumkan Rabu lalu.

“Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan.

“Program yang mula dilancarkan sejak 1 Julai 2021 ini telah mendapat sambutan hangat daripada warga Pulau Pinang di mana jumlah ridership menunjukkan momentum yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi apabila negara memasuki fasa endemik Covid-19.

“Seluruh rakyat Malaysia layak menikmati perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma pada setiap hari dan setiap masa dengan penajaan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pihak berharap dengan adanya pembiayaan tambang feri ini, ia dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perjalanan warga Pulau Pinang yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam.

“Selain itu, penajaan ini sekali gus menunjukkan jaringan pengangkutan awam di Pulau Pinang baik pengangkutan air atau darat adalah percuma bagi semua warganegara Malaysia,” kata beliau. – MalaysiaGazette

P. Pinang sambung taja feri percuma sehingga Jun 2023 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list