Artikel Terkini

Pahang keluarkan senarai 29 nama ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ palsu

Pahang keluarkan senarai 29 nama ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ palsu
Pahang keluarkan senarai 29 nama 'Datuk', 'Datuk Seri' palsu 1

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Pahang telah mengeluarkan Notis Awam menyenaraikan 29 nama individu yang tiada dalam senarai penerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur.

Ia susulan pemalsuan senarai nama penerima pingat daripada Sultan Pahang yang gelaran Datuk dan Datuk Seri, sebelum ini.

Notis yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang dikongsikan di Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Pada 28 Disember tahun lalu, dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang telah dihadapkan ke mahkamah didakwa mengubahsuai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri tanpa kebenaran, dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh lelaki berusia 30 tahun dan 36 tahun itu didakwa tanpa kuasa menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan sejumlah nama individu ke dalam laman sesawang itu sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang sedangkan individu terbabit tidak disenaraikan untuk menerima anugerah berkenaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan nombor pengenalan yang dibekalkan kepada mereka untuk memasukkan nama 29 individu sebagai penerima darjah kebesaran Pahang yang dikurniakan oleh Sultan Pahang ke sistem laman web tersebut tanpa diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Sedangkan semua individu tersebut tidak disenaraikan sebagai penerima darjah kebesaran Pahang yang terlibat iaitu Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang memberikan gelaran Datuk.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kes terbabit akan disebut semula pada 13 Februari ini. – MalaysiaGazette

Pahang keluarkan senarai 29 nama 'Datuk', 'Datuk Seri' palsu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list