Artikel Terkini

Pakatan Ini Pakatan Kita, Pakatan Ini Pakatan Derita

Pakatan Ini Pakatan Kita, Pakatan Ini Pakatan Derita
Pakatan Ini Pakatan Kita, Pakatan Ini Pakatan Derita 1

Bulan Januari yang sudah, saya berkesempatan hadir ke majlis pelancaran buku biografi saudara Lim Kit Siang berjudul Lim Kit Siang: Malaysian First tulisan Kee Thuan Chye. Seperti lazimnya mana-mana majlis pelancaran buku, akan ada sesi soal jawab bersama para hadirin.

Saya sempat mengajukan soalan kepada saudara Lim berkisar DAP dan MUDA (dalam majlis pelancaran itu, antara jemputan majlis adalah Pengerusi MUDA Perak). Soal saya, dengan hadirnya MUDA dalam politik negara serta pelaksanaan Undi 18, adakah DAP akan memansuhkan sayap pemuda parti bagi menjadikan ianya lebih demokratik dan terbuka demi menarik sokongan anak muda?

Soalan ini saya ajukan kerana ada satu pemikiran bahawa dalam era politik yang menjadi semakin muda, parti yang masih mempunyai sayap pemuda berisiko dilihat ortodoks dan menyekat potensi anak muda untuk naik dalam kepimpinan parti.

Pakatan Derita

Minggu-minggu yang sudah sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan dan proses agihan kerusi bermula, adalah minggu-minggu yang sukar buat Pakatan Harapan (PH) pada pandangan saya.

Ketika blok politik lain seperti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak berdepan sebarang masalah, PH pula dilanda krisis agihan kerusi. Bezanya kali ini krisis tersebut bukanlah di kalangan parti komponen di dalam PH sendiri (yang sebenarnya adalah satu lumrah, kerana di dalam PH tiada konsep ‘abang besar’ penentu segala tidak seperti di dalam BN yang ada UMNO).

PH telah pun selesai berunding sebagai satu blok politik dengan persetujuan bahawa kerusi-kerusi DUN Johor akan diagihkan dengan PKR mendapat 20 kerusi, AMANAH (20) dan DAP (16).

Tetapi krisis yang melanda PH timbul apabila sebuah parti baharu, MUDA muncul sebagai ‘rakan strategik’ untuk merundingkan agihan kerusi dari PH.

Di sini kesilapan besar PH yang membawa kepada krisis blok politik itu. Dimana rundingan sepatutnya dibuat antara dua pihak, MUDA dan PH; ia sebaliknya dilakukan secara berasingan dengan MUDA berunding bersama AMANAH dan DAP dalam satu rundingan dan kemudian dengan PKR dalam rundingan yang lain.

Walau apa pun alasan yang boleh diberikan PH tentang kenapa perlu ada dua rundingan berasingan, di mata pemerhati luar ia tetap terlihat seperti wujudnya ketidaksefahaman dalam merangka idea ‘khemah besar’ PH.

Ketidaksefahaman ini akhirnya mencetuskan perbalahan apabila AMANAH menyerahkan kerusi DUN N41 Puteri Wangsa kepada MUDA. Kerusi ini dilijat sebagai kerusi paling selamat PH di kalangan enam kerusi yang diberikan kepada MUDA oleh AMANAH dan DAP.

Puteri Wangsa dimenangi oleh BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti besar sebanyak 24,959 undi walaupun ia menyaksikan pertembungan lima penjuru yang turut melibatkan calon UMNO dan PAS. Seperti semua kerusi yang dimenangi PH melalui BERSATU ketika PRU14 dahulu yang diagihkan antara tiga parti komponen PH, Puteri Wangsa telah diamanatkan kepada AMANAH.

Tetapi apabila AMANAH bertindak menyerahkan Puteri Wangsa kepada MUDA, ia menimbulkan perdebatan kenapa kerusi yang dianggap selamat itu diserahkan kepada parti di luar PH. Apa lagi bila timbul cakap-cakap mengatakan PKR sebenarnya telah mengidamkan Puteri Wangsa tetapi akhirnya beralah kepada AMANAH dalam rundingan dalaman PH, hanya untuk kerusi itu kemudiannya diberikan kepada parti lain.

Keretakan dalam PH semakin ketara apabila rundingan kerusi antara MUDA dan PKR berlanjutan tanpa mencapai kata sepakat. Ia menimbulkan tanda tanya kenapa rundingan dengan AMANAH dan DAP mudah dimuktamadkan, tetapi tidak dengan PKR. Spekulasi kemudian timbul tentang kerusi yang ditawarkan PKR bukanlah apa yang MUDA idamkan.

PKR akhirnya memutuskan untuk menamakan semua 20 calon di kerusi miliknya sekaligus memberi isyarat rundingan kerusi dengan MUDA telah gagal. Sedang MUDA pula bertindak mendakwa tawaran take it or leave it oleh PKR bukanlah satu bentuk rundingan tetapi paksaan dan tidak menolak bakal berlakunya pertembungan dengan PKR di beberapa kerusi bertindih.

Kita tidak memerlukan kemahiran analisis politik yang tinggi untuk faham bahawa selaku parti di luar PH, MUDA sebenarnya perlu akur dengan apa yang boleh ditawarkan oleh PH. Rundingan agihan kerusi adalah sesama parti komponen PH, dan MUDA walaupun selaku ‘rakan strategik’ perlu sedar bahawa kepentingan parti komponen PH dan kebajikan ahlinya perlu menjadi perkara utama. MUDA bukannya seperti UPKO yang walaupun hanya bertapak di Sabah, adalah merupakan parti komponen PH yang sah.

Prinsip ‘khemah besar’ PH adalah idea yang baik tetapi ia perlu mengambil kira seandainya kolaborasi dengan parti luar memberikan kesan yang baik atau buruk untuk PH sendiri. Jangan kerajan teruja dengan yang muda, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pula berciciran.

Hakikatnya dalam menghadapi PRN Johor ini, PH telah pun mundur ke belakang dan kini ketinggalan berbanding BN atau PN. Rundingan dengan parti luar yang dibuat berasingan, penyerahan kerusi selamat serta kegagalan rundingan MUDA-PKR berserta ugutan MUDA untuk bertembung dengan PH sebenarnya langsung tidak memberikan kelebihan strategik yang dicari.

Sebaliknya, Pakatan Harapan kini dilihat ibarat pakatan derita akibat ghairah meraikan orang luar.

Jawapan saudara Lim kepada soalan saya tadi adalah, DAP akan mengekalkan sayap pemuda malahan mungkin akan melahirkan sayap-sayap lain bagi menarik lebih banyak sokongan serta keahlian.

Ia bukanlah jawapan yang saya cari. Apatah lagi apabila bahang PRN Johor makin terasa, salah satu alasan kenapa DAP bekerjasama dengan MUDA adalah kerana parti baharu itu mampu membuatkan pengundi baharu Johor teruja.

Maka apalah gunanya sayap pemuda parti sendiri jika tidak mampu menarik undi pengundi baharu dan muda?

Benarlah ini pakatan derita.


Pakatan Ini Pakatan Kita, Pakatan Ini Pakatan Derita 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list