Artikel Terkini

Pegang Pesanan Arwah Ibu Jangan Berhutang, Pemuda 22 Tahun Beli BMW RM90,000 Secara Tunai

Pegang Pesanan Arwah Ibu Jangan Berhutang, Pemuda 22 Tahun Beli BMW RM90,000 Secara Tunai
Pegang Pesanan Arwah Ibu Jangan Berhutang, Pemuda 22 Tahun Beli BMW RM90,000 Secara Tunai 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang pemuda berusia 22 tahun, Noor Alif Hazrin Mohd Radzi berbangga dapat membeli sebuah BMW secara tunai yang berharga RM90,000 untuk kegunaan sendiri.

Artikel Berkaitan:

Memetik Harian Metro, kereta jenama mewah itu dibeli menggunakan hasil titik peluhnya menjual produk sendiri dan menjadi ejen dropship sejak berusia 18 tahun lagi.

Noor Alif Hazrin berasal dari Sungai Petani, Kedah itu turut membeli secara tunai kenderaan terpakai jenama mewah seperti Toyota Alphard (RM60,000), selain Honda Civic (RM50,000) dan jenama tempatan, Proton Satria Neo (RM20,000).

Pegang Pesanan Arwah Ibu Jangan Berhutang, Pemuda 22 Tahun Beli BMW RM90,000 Secara Tunai 2

“Pada 2021 ketika umur saya 21 tahun, saya ada beli kereta Proton Waja tetapi sudah menjualnya dan pada tahun sama, saya beli pula Toyota Alphard sebab lebih besar serta memudahkan untuk saya ambil stok (barang jualan).

“Kemudian, saya beli lagi Proton Satria Neo dan penghujung tahun lalu, beli pula Honda. Pada Mac lalu baru saya beli BMW ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, semua kenderaan itu secara tunai kerana berpegang kepada pesanan arwah ibunya yang tidak menggalakkannya berhutang selagi masih belum habis belajar.

“Lagipun saya tiada kerja tetap lagi ketika itu, jadi sebab itu saya tak beli kereta baharu yang memerlukan saya buat pinjaman bank.

“Ramai kecam, ada kata saya tak kena kejar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tapi mereka tidak tahu cerita sebenar, sedangkan harga kereta yang dibeli itu boleh buat separuh deposit kereta baharu,” katanya.

Menurutnya juga, sebuah Toyota Alphard diwakafkan sebelum ibunya meninggal dunia pada Julai lalu, kepada sebuah masjid di Kuala Selangor untuk dijadikan kenderaan jenazah.

“Saya ambil keputusan untuk wakafkan kenderaan itu sebagai saham akhirat saya dan arwah ibu, memandangkan tiada yang menggunakannya,” katanya yang turut menjual semula Proton Satria Neo.

Noor Alif Hazrin yang mengeluarkan produk sendiri pada Jun lalu berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok baru-baru ini sebelum ia tular.

“Perkongsian itu bukan nak buktikan apa-apa (atau menunjuk), sebaliknya saya nak berkongsi perjalanan kehidupan saya dari umur 18 tahun hingga sekarang, selain untuk kenangan.

“Nanti bila-bila boleh tengok semula terutama ketika saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur waktu sambung belajar dulu dengan segala-galanya perlu tanggung sendiri.

“Pemergian mak meninggalkan impak besar dalam hidup saya. Selama ini saya tak kongsi kesusahan, tetapi baru ini kongsi apa saya sudah buat untuk mak. Alhamdulillah, saya sempat membahagiakan mak saya walaupun tak lama,” katanya.


Pegang Pesanan Arwah Ibu Jangan Berhutang, Pemuda 22 Tahun Beli BMW RM90,000 Secara Tunai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list