Sehingga kini, kes penderaan remaja sindrom down, Bella yang didakwa menjadi mangsa dera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sedang hangat menjadi bualan di kalangan warganet.
Mana tidaknya, baru-baru ini timbul isu baru membabitkan seorang peguam wanita tampil berhubung sebuah kes penderaan tersebut.
Selain itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan dilihat berkongsi gambar bersama anak guamnya seperti tiada sensitiviti kepada mangsa dera iaitu Bella di laman Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, salah seorang peguam tersebut berkongsi di laman Twitter dengan membuat mini love and peace atau cross examination dengan saksi kelima , selain menghuraikan segala soalan dalam bentuk bebenang.
Ini secara tidak langsung mengundang reaksi yang pelbagai di kalangan netizen dan kebanyakan daripanya kurang selesa apabila membaca kenyataan yang dijelaskan oleh peguam tersebut. (difahamkan ciapan asli tersebut sudah dipadam).
Saya faham tugas peguam. Wakili klien, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan alleged abuser siap simbol mini love & peace, tak tau nak cakap apa. https://t.co/P061zwKJhX pic.twitter.com/gFUVhQBqOp
— KNB 🏴 (@nizambakeri) April 14, 2022
Ekoran itu, ia turut mendapat perhatian di kalangan selebriti seperti Izara Aishah yang tampil memberikan pandangan peribadinya.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pelakon dan model cantik itu, dia merasakan sebagai seorang peguam terutamanya beragama Islam harus mempunyai batas.
Tambahnya, mereka perlu berpegang kepada prinsip asas Islam.
“Anda tidak perlu bersetuju dengan individu yang melakukan jenayah semata-semata untuk membuktikan anda bijak,”tulisnya.
I feel like Muslim lawyers should have limits and hold on to basic islamic principles, no? You don’t have to agree to an obvious criminal to prove you’re smart. Protect your reputation and hv some dignity.
— Madame Izara (@IzaraAishah) April 14, 2022
Pada masa yang sama, isteri kepada Muhammad Adib Dato’ Khalid turut menasihati setiap pengamal undang-undang untuk menjaga maruah sendiri agar tidak tercalar disebabkan sesebuah kes.
“Lindungi reputasi anda dan sekurang-kurangnya menjaga maruah,” tegasnya.
Diharapkan lebih ramai peguam di luar sana lebih berhati-hati dalam memilih kes sebelum membela anak guamannya.
Sumber: Twitter @IzaraAishah
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo