Artikel Terkini

Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun

Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun
Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun 1

Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun

Seorang lelaki warga Britain telah dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang pekerja seks Thailand pada tahun 2014 lalu.

Mangsa dikerat, disumbat dalam bagasi

Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun 3

Foto: Daily Star

Suspek yang dikenali dengan nama Shane Looker berusia 51 tahun dipercayai membunuh Laxami Pook Manochat dengan cara yang sangat kejam. Menurut sumber, wanita malang itu dikerat kepada beberapa bahagian dan disumbat ke dalam satu bagasi pakaian bersama bangkai seekor anjing. Lebih kejam apabila suspek kemudian bertindak mengikat beg pakaian tersebut dengan batu sebelum mencampakkannya ke dalam Sungai Mae Klong, Thailand.

Mayat mangsa ditemui pada 6 Novemmber 2014 iaitu seminggu selepas dia dilaporkan hilang di kawasan sungai di Kachanaburi. Penemuan mayat pekerja seks ini akhirnya membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Britian. Menurut sumber, pihak polis berjaya mengenal pasti identiti suspek selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Cadar katil hotel penuh darah

Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun 4

Foto: Daily Star

Menerusi rakaman tersebut, suspek dan mangsa dilihat berpegangan tangan malah mereka juga dikatakan telah memasuki hotel bersama-sama. Tetapi apa yang mencurigakan apabila melihat hanya suspek seorang sahaja keluar meninggalkan hotel tersebut sambil membawa satu beg yang sangat besar dan berat.

Kakitangan hotel kemudiannya menemui cadar katil mereka yang berlumuran darah dan kesan DNA Looker ditemui pada kuku Laxami. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga menemui pakaian yang dipakai Looker ketika bersama mangsa (seperti dalam rakaman CCTV). Pada tahun 2015, waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan terhadap Looker.

Suspek dipenjara 8 tahun

Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun 5

Foto: Daily Star

Susulan daripada itu, Looker bertindak melarikan diri sebelum dia akhirnya berjaya ditahan di pulau Ibiza, Sepanyol pada tahun 2017. Bagaimanapun, suspek menafikan melakukan pembunuhan kejam itu dan pasukan peguamnya dikatakan berusaha memperjuangkan ekstradisi tetapi Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah memutuskan bahawa suspek perlu diadili di Thailand.

Oleh hal demikian, suspek telah dihantar semula ke Thailand untuk perbicaraan kes. Difahamkan, pada awalnya Looker dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun tetapi disebabkan pengakuannya, hukuman tersebut dikurangkan menjadi lapan tahun. Tetapi dalam masa yang sama, Looker diarah membayar $300,000 bersamaan RM14.5 juta kepada keluarga Laxami.

Sumber: Daily Star, CNN

Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list