Artikel Terkini

Pelajar tingkatan 4 dipukul senior hingga kencing berdarah

Pelajar tingkatan 4 dipukul senior hingga kencing berdarah
Pelajar tingkatan 4 dipukul senior hingga kencing berdarah 1

KUANTAN – Seorang pelajar senior dipercayai membelasah pelajar junior sehingga  mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan kencing berdarah dalam kejadian di sebuah sekolah asrama di Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian itu diketahui keluarga mangsa selepas dia mengadu sakit di bahagian abdomen dan kencing berdarah ketika berada di rumah pada pagi Jumaat lalu.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan dan doktor mengesyaki mangsa telah dipukul.

“Bapa mangsa telah bertanyakan mangsa dan mangsa menceritakan dia dipukul oleh seorang pelajar berusia 17 tahun ketika tidur di asrama pada jam 2 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Zaiham, mangsa dipukul di bahagian badan dan kaki.

Bapa mangsa kemudian telah membawa mangsa ke Balai Polis Bentong untuk membuat laporan polis

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari bahagian siasatan jenayah ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah berhubung dengan pihak sekolah asrama tersebut,” jelasnya.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara selama tempoh setahun atau denda RM 2000 atau kedua-duanya sekali.

Zaiham menasihatkan orang ramai khususnya ibubapa atau penjaga agar sentiasa memantau anak-anak bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. – MalaysiaGazette

Pelajar tingkatan 4 dipukul senior hingga kencing berdarah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list