Artikel Terkini

Pelantikan MB Pahang lembaran baharu – Amirudin

Pelantikan MB Pahang lembaran baharu – Amirudin
Pelantikan MB Pahang lembaran baharu – Amirudin 1

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) berharap pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang akan dapat membuka lembaran baharu bagi memastikan negeri itu kekal makmur pada masa depan.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil rundingan antara pihaknya dengan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sehingga membentuk Kerajaan Perpaduan seperti peringkat Persekutuan berasaskan semangat mempercayai sesama sendiri.

“PH menjunjung kasih kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan melantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal kedua.

“Proses rundingan antara BN dan PH Pahang bagi membentuk kerajaan telah dimulakan sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) diketahui pada 19 November lalu.

“Ini berasaskan kepada semangat saling mempercayai di antara satu sama lain dan demi kepentingan rakyat negeri Pahang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu pada keputusan PRU15 di negeri ini menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi DUN, Perikatan Nasional (17) dan PH sebanyak lapan kerusi manakala status kerusi DUN Tioman akan diketahui pada 7 Disember nanti. – MalaysiaGazette

Pelantikan MB Pahang lembaran baharu – Amirudin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list