Artikel Terkini

Peluang KJ untuk menang amat cerah

Peluang KJ untuk menang amat cerah
Peluang KJ untuk menang amat cerah 1

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ceramah pada program Tok Mat Bersama Masyarakat di Kampung Astana Raja di sini, malam tadi.

“Kerana sambutan orang di sana… sudah tiga penggal meminta pucuk pimpinan parti supaya Sungai Buloh tu diberikan kepada calon UMNO. Insya-Allah kita sama-sama berdoa,” katanya.

Program tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr. Awaludin Said.

Khairy yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Rembau selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) berdepan pertembungan tujuh penjuru di Sungai Buloh.

Calon-calon lain yang bertanding ialah R. Ramanan dari Pakatan Harapan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin dari Perikatan Nasional (PN), Mohd. Akmal Yusoff dari Gerakan Tanah Air (GTA), Ahmad Jufliz Faiza dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan dua calon Bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff serta Nurhaslinda Basri.

Sementara itu, Mohamad yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Rembau memberitahu, beliau tidak menyalahkan rakyat kerana terpesona dengan janji manis yang ditaburkan PH pada PRU14.

Beliau menambah, pemimpin-pemimpin PH bila bercakap seolah-olah mereka mempunyai ‘otak kelas pertama’ untuk menjadi kerajaan dan mentadbir negara.

“Dah menang, tidak ada dibuat apa-apa. Bahkan menguncupkan ekonomi negara sehingga tidak boleh berkembang lagi.

“Bila ekonomi mengecut, ramai orang tidak bekerja sebab peluang pekerjaan tak ada atau banyak orang kena buang kerja,” jelasnya.

Presiden UMNO itu berkata, PH tidak sepatutnya membatalkan projek-projek yang memberi impak besar terhadap rakyat seperti laluan aliran transit massa kedua (MRT2) dan projek rawatan dan bekalan air Kuala Selangor semata-mata kerana marah terhadap BN. – MalaysiaGazette

Peluang KJ untuk menang amat cerah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list