Artikel Terkini

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dilaporkan ada sejarah penyakit asma

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dilaporkan ada sejarah penyakit asma
Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dilaporkan ada sejarah penyakit asma 1

Pemain Piala Presiden Selangor FC Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata ia hasil semakan rekod kesihatan pemain berusia 21 tahun itu.

Beliau berkata Muhammad Husni ditemukan terbaring berhampiran tandas di sebuah medan selera di Sunway X Park, Petaling Jaya pada 9.58 malam.

“Pemain tersebut telah menyertai perlawanan bola sepak antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim III di Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kelana Jaya.
“Setelah selesai perlawanan, Muhammad Husni dan beberapa rakan ke lokasi kejadian (medan selera) untuk menjamu selera sebelum mengalami sesak nafas sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Mashariman berkata mayat Muhammad Husni dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam hantaran Facebook hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Husni dan mendoakan semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa Allahyarham.

Sumber: Bernama


Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dilaporkan ada sejarah penyakit asma 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list