Artikel Terkini

Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian

Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian
Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian 1

Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian

Mayat seorang wanita ditemui terapung oleh seorang pemancing di kawasan perairan yang terletak kira-kira enam batu nautika dari Pulau Perhentian sekitar jam 11.30 pagi semalam (Rabu).

Artikel Berkaitan: Mayat Dikerat Enam Ditemui Dalam Bagasi Tepi Lebuh Raya

Artikel Berkaitan: Lelaki Hidap Masalah Mental Bunuh Ibu Kandung Dengan Kejam

Ikat pada tali ujang

Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian 3

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Azrol Anuar Nor, pemancing berkenaan menemukan mayat itu dalam keadaan terapung kemudian bertindak menarik lalu mengikatnya pada tali unjang supaya mayat terbabit tidak dihanyutkan arus.

Pemancing berkenaan kemudiannya memaklumkan penemuan mayat tersebut di Balai Polis Pulau Perhentian. Bagaimanapun usaha pihak polis ke lokasi mayat itu berada terpaksa ditangguhkan semalam memandangkan keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Susulan daripada itu, Azrol memberitahu pihaknya hanya dapat bergegas ke lokasi terbabit kira-kira jam 11.15 pagi hari ini (Khamis) setelah keadaan laut bertukar reda. Malah, tambahnya lagi, mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan hanya berbaju dan memakai sarung tangan kain.

Identiti mayat tersebut termasuk status kewarganegaraannya belum dapat dikenal pasti dan pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada badan mangsa.

Selain itu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes orang hilang di daerah ini setakat ini dan siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti identiti mayat. Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama

Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list