Pemandu maut digilis bas sendiri
Seorang pemandu bas ekspres maut digilis bas miliknya ketika membaiki kerosakan kenderaan itu berdekatan Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Klang, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kejadian kira-kira jam 4 petang selepas mangsa memberhentikan bas tanpa penumpang itu di tepi jalan kerana dipercayai mengalami kerosakan dan masuk ke bawah kenderaan terbabit untuk membaik pulih.
Beliau berkata, ketika sedang melakukan kerja membaik pulih bas jenis Mercedes Benz itu dipercayai bergerak lalu menggilis mangsa.
“Mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan serta sebab kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, susulan kejadian itu pihaknya memohon saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Saksi boleh menyalurkan maklumat berkaitan dengan tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820. BH
Pemandu maut digilis bas sendiri
Baca Artikel Menarik:
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar