
PETALING JAYA: Pemandu lelaki yang didapati positif dadah selepas terbabit dalam kemalangan semalam mengorbankan empat beranak dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, akan ditahan reman.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar, suspek akan direman untuk siasatan lanjut selepas selesai menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh.
Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui satu tiub straw lutsinar berisi syabu dan mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah, kata Zaiham, memetik laporan Harian Metro.
Semalam, Bernama melaporkan kegembiraan lima beranak itu menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi apabila empat daripada mereka maut selepas kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pikap.
Mereka terbunuh ialah suri rumah, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7; dan Ahda Imtinan, 4; manakala suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru cedera di tangan kiri.
Polis berkata, impak kemalangan menyebabkan kenderaan mangsa remuk teruk di bahagian hadapan dan sebelah kiri manakala pikap itu rosak di bahagian hadapan.
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo