Artikel Terkini

Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang lebih relevan daripada projek KXP

Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang lebih relevan daripada projek KXP
Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang lebih relevan daripada projek KXP 1

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang melibatkan kos hampir RM7 bilion wajar dihentikan.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang yang dibekukan sejak 2020.

“Saya harap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan projek KXP yang tidak diperlukan ketika ini.

“Jika diteruskan juga, KXP hanya akan menjadi projek gajah putih,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Amanah itu, pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang lebih relevan kerana kosnya lebih rendah serta lokasinya yang strategik memandangkan dekat dengan pelabuhan antarabangsa Pulau Pinang serta hab perindustrian Batu Kawan dan Bayan Lepas.

Kata beliau, Lapangan Terbang Pulau Pinang mengalami masalah lebihan kapasiti yang teruk dengan lebih 8 juta penumpang setahun walaupun kapasitinya untuk 6.5 juta penumpang.

Justeru, ujarnya, Lapangan Terbang Pulau Pinang itu harus diutamakan daripada KXP.

“Hakikatnya, projek KXP yang diterajui kerajaan Kedah telah mengalami pelbagai isu dan kontroversi sejak diumumkan.

“Di samping itu, projek KXP ini juga dikhuatiri mempunyai kesan jangka panjang terhadap alam sekitar dan terlalu dekat dengan Sungai Muda.

“Projek bersaiz mega ini boleh mengganggu kelestarian Sungai Muda yang menjadi sumber air kepada lebih 4 juta penduduk di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah,” kata beliau.

Katanya, walaupun projek KXP itu dijangka dibiayai melalui konsep inisiatif kewangan swasta atau PFI, tetapi tidak munasabah untuk meluluskan sebuah projek gajah putih yang terpalit dengan pelbagai isu sejak permulaannya.

“Saya harap Kerajaan Perpaduan dapat melihat kepentingan projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan meluluskan segera projek yang tertangguh lama ini.

“Mungkin projek KXP boleh diteruskan pada masa hadapan, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai. Dalam memulihkan ekonomi negara, kerajaan digesa melihat kepada projek yang lebih priority,” katanya. – MalaysiaGazette

Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang lebih relevan daripada projek KXP 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list