Artikel Terkini

Pencuri Pulangkan Patung Selepas Mimpi Ngeri

Pencuri Pulangkan Patung Selepas Mimpi Ngeri
Pencuri Pulangkan Patung Selepas Mimpi Ngeri 1

Kebiasaannya, bila seseorang itu mencuri, ramai menyangka perbuatan tersebut tidak akan menghantui si pelakunya. Tetapi dalam sesetengah kes, ia bisa menghantui mereka dalam bentuk sumpahan atau mimpi ngeri  yang tidak berkesudahan. Buktinya, tanya sajalah sekumpulan pencuri dari India ini.

Baru-baru ini, sekumpulan pencuri dari India memulangkan kembali 16 buah patung yang dicuri dari sebuah kuil berusia 300 tahun. Patung-patung ini dikatakan dicuri pada 9 Mei lepas dari Kuil Balaji di Uttar Pradesh. Pengurusan kuil kemudiannya membuat laporan polis dengan harapan patung-patung ini dapat ditemui semula. Tetapi tiada siapa menjangka pemulangan drastik yang dibuat kumpulan itu enam hari kemudian.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Enam hari selepas insiden kecurian itu dilaporkan, si pendeta kuil terkejut melihat guni berisi 14 buah patung yang dicuri dari Kuil Balaji. Mereka meninggalkan hasil curian mereka berhampiran rumahnya di Chitrakoot dan ia disertakan dengan surat pengakuan jenayah mereka.

Inspektor Rajiv Singh memberitahu media, kumpulan ini memilih memulangkan semula hasil curian mereka selepas dihantui mimpi buruk tidak lama selepas mencuri semua patung berkenaan. Mereka turut mengakui akibat jenayah mereka itu, mereka tidak dapat hidup dengan aman dan tenteram. Justeru, kumpulan pencuri itu berharap dengan memulangkan semua patung itu, sumpahan yang membelenggu mereka akan terlerai.

Kesemua patung yang dicuri bernilai jutaan ringgit di pasaran. Ia telah dikenalpasti oleh para pendeta kuil dan kini disimpan di balai polis sebagai bahan bukti. Daripada 16 buah patung, satu daripadanya diperbuat daripada ashtadhatu – sejenis aloi lapan besi seberat lima kilogram. Tiga lagi diperbuat daripada kuprum dan seberat 10 kg dengan empat lagi patung loyang seberat 15 kg. Kesemua patung dihias dengan perhiasan yang diperbuat daripada perak.

Tetapi jika para pembaca merasakan kes sebegini sebagai unik, hakikatnya, ia kerap dilaporkan oleh media. Malah, satu tempat yang dianggap terkenal dengan pemulangan hasil curi artifak dan surat pengakuan si pencuri wujud iaitu di Pompeii.

Saban tahun, ada saja yang panjang tangan sebelum meninggalkan Pompeii. Kononnya, dengan mengambil artifak-artifak bersaiz kecil di situ, ia boleh dijadikan sebagai tanda kenangan semasa berada di Pompeii. Tetapi dengan mengambil kira skala tragedi yang berlaku di situ, bohonglah jika ada merasakan ada sesuatu menghantui mereka hanya kerana mengambil artifak-artifak itu.

Itu yang berlaku kepada seorang warga Kanada selepas mengambil beberapa artifak di Pompeii 17 tahun lepas. Sejak itu, dia sentiasa dirundung malang termasuk dua kali menghidap kanser. Bagi mengelakkan sumpahan ini jatuh kepada keluarganya, dia memulangkan semua artifak yang diambil bersama nota pengakuan kepada Carabinieri (polis Itali) melalui sebuah agensi pelancongan sebagai perantara.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

RUJUKAN

Felton, J. (2022, 18 Mei). Thieves Return Stolen Treasure To Temple After Being Haunted By Nightmares. IFLScience.

Singh, N. (2022, 20 Mei). Thieves return rare idols stolen from Hindu temple with a note saying they were sick of ‘having scary dreams’. The Independent.

Pencuri Pulangkan Patung Selepas Mimpi Ngeri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list