Artikel Terkini

Pengeluaran iPhone 14 Pro Dijangka Berkurangan Sehingga 20 Juta Unit Akibat Isu Kilang Foxconn

Pengeluaran iPhone 14 Pro Dijangka Berkurangan Sehingga 20 Juta Unit Akibat Isu Kilang Foxconn
Pengeluaran iPhone 14 Pro Dijangka Berkurangan Sehingga 20 Juta Unit Akibat Isu Kilang Foxconn 1

Lagi isu yang akan menjejaskan pendapatan Apple akan berlaku bulan in menurut ramalan penganalisa Ming-Chi Kuo. Menurut beliau pengeluaran iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan terjejas antara 15-20 juta unit akibat isu yang sedang dialami oleh kilang Foxconn di Zhengzhou.

Pengeluaran iPhone 14 Pro Dijangka Berkurangan Sehingga 20 Juta Unit Akibat Isu Kilang Foxconn
Pengeluaran iPhone 14 Pro Dijangka Berkurangan Sehingga 20 Juta Unit Akibat Isu Kilang Foxconn 6

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pekerja Foxconn merusuh kerana kawalan ketat sifar Covid di China menyebabkan mereka terperangkap di kawasan kilang. Pekerja yang ingin keluar dan berhenti telahpun dihalang oleh pihak berkuasa. Wujud juga isu apabila Foxconn didakwa tidak memenuhi janji membayar bonus kepada pekerja yang memilih untuk terus menghasilkan iPhone.

Kilang Foxcon di Zhengzhou ialah yang terbesar untuk menghasilkan iPhone di China. Dengan permintaan untuk iPhone 14 dan 14 Max yang tidak memuaskan, pengeluaran iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max telah dipertingkatkan pada Q4 2022 bagi memenuhi keperluan musim perayaan akhir tahun.

Kilang Zhengzhou dikatakan beroperasi pada kapasiti sekitar 20% sahaja pada waktu ini kerana Foxconn sukar mendapatkan tenaga kerja serta rusuhan yang berlaku. Musim perayaan biasanya menjadi waktu paling menguntungkan Apple kerana orang ramai ingin membeli peranti sebagai hadiah Hari Krismas. Jika permintaan gagal dipenuhi, orang ramai akan memilih membeli barangan lain sebagai ganti dan tidak akan membeli iPhone 14 yang didambakan.

Pengeluaran iPhone 14 Pro Dijangka Berkurangan Sehingga 20 Juta Unit Akibat Isu Kilang Foxconn 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list