Artikel Terkini

Penguatkuasaan surat pengesahan vesel di pelabuhan membebankan ejen dan pelaut

Penguatkuasaan surat pengesahan vesel di pelabuhan membebankan ejen dan pelaut
Penguatkuasaan surat pengesahan vesel di pelabuhan membebankan ejen dan pelaut 1

SELANGOR – Tindakan Jabatan Imigresen Negeri Selangor (JIM) yang baharu sahaja mengeluarkan permohonan surat pengesahan vesel di pelabuhan (LG) membebankan golongan pelaut di negeri ini.

Surat kuatkuasa serta merta yang dikeluarkan oleh JIM Selangor itu menyebut ejen boleh membuat permohonan surat pengesahan vesel di LG sebaik sahaja selesai lapor ketibaan di pelabuhan kepada pihak Imigresen.

Salinan pasport dan buku pelaut anak kapal perlu dibuat akuan Pesuruhjaya Sumpah.

Menurut Ketua Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R Jeyenderan kepada MalaysiaGazette, penguatkuasaan serta merta ini sebenarnya bukan sahaja membebankan pemilik syarikat sepertinya malah para pelaut.

Kata Jeyendran, syarat baharu seperti salinan passport dan buku pelaut anak kapal perlu dibuat akuan sumpah juga seperti tidak masuk akal dan membebankan.

“Bagaimanakah Pesuruhjaya Sumpah itu akan memberikan pengesahan kepada kita (ejen) tanpa kehadiran anak kapal? Hanya berpandukan dengan salinan pasport? Pesuruhjaya Sumpah bukanlah satu agensi yang bertanggungjawab untuk memberi sebarang pengesahan berkaitan pasport pemegang.

“Bagaimana anda minta seseorang Pesuruhjaya sumpah itu buat pengesahan tanpa kehadiran pelaut itu di negara ini? Bagaimana kita hendak lakukan perkara ini? Adakah undang-undang baharu ini masuk akal? Ini sungguh menyusahkan.

“Sebenarnya saya bukan hendak mengkritik atau tuding jari tetapi jika kita buat penguasaan seperti ini, orang luar sendiri akan mula persoal undang-undang sebegini. Saya pasti Imigresen cuba untuk memastikan tahap keselamatan industri maritim tetapi ini bukan caranya, membuat undang-undang ketat yang ganggu gugat pemain industri itu sendiri.

“Undang-undang ini guna boleh pakai dengan kehadiran pelaut itu sendiri dengan pasport masing-masing. Bukan dengan minta salinan dan diberikan pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Seseorang perlu buka mulut dan cakap tentang perkara ini, kerana itu juga saya bersuara,” katanya.

Penguatkuasaan surat pengesahan vesel di pelabuhan membebankan ejen dan pelaut 2
Pekeliling yang menyebut tentang undang-undang baharu oleh JIM Selangor.

Tegas Jeyenderan lagi, sebelum ini undang-undang telah memberikan tempoh masa 72 jam yang boleh memberikan krew kapal masa yang secukupnya.

“Contohnya jika mereka datang dari jauh seperti Zurich, mereka akan ada masa untuk terbang manakala kapal pula sudah berlabuh lebih awal.

“Saya sebagai ejen kapal lebih 30 tahun tidak pernah ada masalah seperti ini sebelum ini. Jika Imigresen yang hendak membuat pengesahan dengan menggunakan pasport itu tidak apa. Tapi janganlah bawa masuk pula Pesuruhajaya Sumpah sekali dalam memberikan pengesahan, tolonglah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Penguatkuasaan surat pengesahan vesel di pelabuhan membebankan ejen dan pelaut 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list