Artikel Terkini

Perangai jahat ‘Nurul Ain’ buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau

Perangai jahat ‘Nurul Ain’ buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau
Perangai jahat 'Nurul Ain' buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau 1

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 (7HMK3) sudahpun melabuhkan tirainya semalam dengan kematian watak Pak Samad lakonan Kazar Saisi.

Lakonan mantap para pelakon sehingga menyebabkan drama ini trending setiap episod pastinya membuatkan barisan tenaga kerja serta penulis skrip tersenyum lebar kerana drama berkenaan tidak pernah gagal sejak musim pertama lagi.

Perangai jahat 'Nurul Ain' buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau 2

Watak Nurul Ain yang benar-benar mencabar emosi penonton telah menyebabkan pelakonnya, Wafariena Roslan turut mendapat kecaman kerana terlihat begitu natural dalam memporak perandakan keluarga Pak Samad.

Menerusi laporan daripada Kosmo! pelakon cantik ini memaklumkan ada pihak yang sempat mengugutnya menerusi direct message (DM) di Instagram untuk menghantar santau kerana terlalu geram dengan Nurul Ain.

Perangai jahat 'Nurul Ain' buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau 3

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah santau.
“Barangkali ada yang nasihatkan tak usah ambil serius dengan ugutan sebegitu (terutama santau), tapi saya perlu berjaga-jaga dan mengingatkan penonton apa yang saya paparkan menerusi watak Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.
“Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya.

Walau bagaimanapun Wafariena menjelaskan yang dia tidak kisah andai diberi watak antagonis lagi ataupun memerankan watak yang lain bergantung kepada skrip kerana sebagai pelakon seharusnya dia bersikap terbuka dengan sumua watak.

“Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apapun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.
“Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insya-Allah,” ujar.

Perangai jahat 'Nurul Ain' buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau 4

Terdahulu, anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah memberitahu yang dirinya diugut untuk disiram dengan asid ke muka sewaktu menjayakan watak sama dalam 7HMK2.

Ugutan daripada netizen itu diterima susulan rasa menyampah penonton yang begitu terbawa dengan sikap Nurul Ain yang terlalu tergila-gilakan suami orang iaitu watak Khuzairi lakonan aktor hebat, Shukri Yahaya.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Haikal Isa)

 


Perangai jahat 'Nurul Ain' buatkan Wafariena Roslan terima ugutan santau 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list