Infotainment

“Pernah Ambil Pelakon ‘Followers’ Berjuta, Tapi Filem Tetap Tak Laku..”- Datuk A.Aida

“Pernah Ambil Pelakon ‘Followers’ Berjuta, Tapi Filem Tetap Tak Laku..”- Datuk A.Aida
“Pernah Ambil Pelakon ‘Followers’ Berjuta, Tapi Filem Tetap Tak Laku..”- Datuk A.Aida 1

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk A. Aida tampil memberi sedikit pandangan mengenai isu pelakon perlu mempunyai pengikut media sosial yang banyak sebagai kriteria utama untuk diambil berlakon dalam sesebuah naskah.

Kata Aida, sahabatnya pernah mengambil pelakon yang mempunyai pengikut media sosial berjuta untuk berlakon dalam filem terbarunya namun kutipan tayangan tetap tidak menguntungkan dan menyedihkan.

Saya tak pernah percaya jumlah ‘followers’ boleh buat sesebuah drama atau filem viral. Kawan saya pernah buat filem. Dia ambil pelakon yang ada ‘followers’ berjuta. Tapi kutipan filem tak cecah RM100,000 pun.

Tambahnya lagi, kejayaan sesebuah filem itu mengutip hasil tayangan yang tinggi bukanlah semata-mata pelakon itu wajib popular namun faktor lain seperti kerap mempromosikan naskah lakonan sendiri di media sosial turut memainkan peranan.

Apa yang penting menurut Aida adalah seseorang pelakon itu haruslah bagus dan boleh berlakon.

Secara peribadi bagi saya, paling penting kena tahu pelakon itu bagus dan boleh berlakon. Kalau stesen TV cadangkan pelakon baharu, saya akan kaji dan ‘study’ dulu pelakon itu dan cara lakonan dia.

Manakala dari segi pemilihan pelakon, Aida menegaskan bahawa dia akan memilih sendiri siapa pelakon yang akan beraksi dan stesen televisyen perlu mengikut kehendaknya kerana elemen utama untuk sesebuah naskah itu berjaya adalah jalan cerita, pemilihan pelakon, pengarah, skrip dan juga lagu tema yang bagus.

Perkembangan terkini, Datuk A.Aida telah muncul dengan drama terbaharu iaitu Kisah Cinta Kita yang membawa konsep drama Korea dalam penerbitannya kali ini.

a.aida


7 bulan lalu

Dek Mahu Rakam MV Raya, A. Aida Geram Aliff Syukri ‘Masuk’ Rumah Tanpa Izin


“Pernah Ambil Pelakon ‘Followers’ Berjuta, Tapi Filem Tetap Tak Laku..”- Datuk A.Aida 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo