Artikel Terkini

Persahabatan Ratu Dan Lelaki Muslim Ini Pernah Gegar Seluruh England

Persahabatan Ratu Dan Lelaki Muslim Ini Pernah Gegar Seluruh England
Persahabatan Ratu Dan Lelaki Muslim Ini Pernah Gegar Seluruh England 1

Tidak ramai zaman sekarang mengenali Ratu Victoria, apatah lagi pengaruh baginda pada politik British (dan Eropah). Jika dibelek lembaran sejarah, ternyata boleh terduduk kerana 1) baginda pandai bermain politik di sebalik tabir dan 2) baginda adalah nenek Raja George V, Tsar Nicholas II dan Kaiser Wilhelm II.

Tiga raja ini terlibat dalam Perαηg Dunia Pertama dan sanggup berperαηg antara satu sama lain meskipun berkongsi pertalian sepupu. Namun artikel kali ini bukan untuk mengulas tentang kecekapan realpolitik Victoria, apatah lagi ketαjαman rahimnya.

Artikel kali ini adalah untuk mengulas tentang naluri keibuan Victoria. Dan naluri ini jelas terpampang kerana Victoria sangat rapat dengan seorang Munshi bernama Abdul Karim.

Anak Pembela Kandahar Yang Tiba di London

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Mohammed Abdul Karim dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam tidak jauh daripada pekan Jhansi pada tahun 1863. Bapa beliau hanyalah seorang pembantu hospital yang berkhidmat untuk Rejimen Berkuda British.

Sekitar zaman itu, British sedang melebarkan pengaruhnya di bumi Afghanistan pimpinan Ayub Khan. Seperti biasa, Afghanistan lebih gemar hidup berpuak.

Walaupun seorang pemimpin, Ayub ditentang ramai dalam kalangan suku. Mereka enggan berjuαηg sekali kerana berbeza suku dan Ayub pula tidak membayar mereka. Dalam bahasa mudah, Afghanistan memang jadi makanan British. Dan dalam peperαηgan ini, bapa Abdul Karim turun berjuαηg sekali sampai di Kandahar.

Mungkin sebagai ganjaran, bapanya diserap untuk bekerja sebagai penjawat awam. Kesenangan ini membuka jalan yang diambil Abdul Karim. Beliau menjadi seorang “vakil” penjαrα. Dan rezeki beliau terbentang luas apabila pihak penjαrα diminta menyertai sebuah pameran tenunan permaidani yang disaksikan Ratu Victoria.

Ratu Victoria

Baginda pula sudah lama tertarik dengan warna-warni budaya India. Lalu baginda meminta dua orang ‘coolie’ (kuli) India untuk ‘berkhidmat’ (bukan perkhidmatan kalau jadi kuli).

Pihak British India pula memang tahu Abdul Karim paling layak. Lalu mereka serap beliau masuk ‘kelas pengajian segera’. Dalam masa sangat sekejap, Abdul Karim perlu belajar tata etika British dan bahasa Inggeris. Mana tidaknya – kena ‘berkuli’ dengan seorang ratu. Mesti imej pentadbiran kena jaga betul-betul.

Menjadi Bahan Dengki Buckingham

Tiba saja di bumi London, mereka dibawa menghadap dan terus mencium kaki Ratu Victoria. Abdul Karim mengajar Victoria bahasa Urdu, yang digunakan semasa baginda berjumpa dengan Maharani Chimnabai. Jasa Abdul Karim amat dihargai baginda Victoria sampai ke tahap beliau berani membuat tuntutan.

Kata beliau, semasa di India, beliau menjadi seorang kerana. Tetapi di London, beliau hanya seorang pelayan. Jadi beliau “sebenarnya turun pangkat”.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Menyedari keralatan jelas ini, Victoria menciptakan jawatan “Munshi” semata-mata untuk memastikan Abdul Karim tidak ke mana-mana (Tariq, 2021). Untuk membuktikan keabsahan jawatan ini, Victoria menitah supaya semua gambar Abdul Karim sebagai pelayan dibαkαr.

Hanya gambar-gambar Abdul Karim sebagai “khitmatgar” (kerana peribadi ratu) sahaja disimpan.

Gambar Seorang Munshi

Layanan sebegini baik berpunca daripada kepintaran Abdul Karim. Kalau tengok rekod catatan Sushila Anand, surat-surat Victoria sendiri mendedahkan isi perbincangan mereka. Bab politik dan falsafah dibincang begitu rapi, kerana Abdul Karim tidak berlebih-lebihan dari segi protokol (Hunt, 2017).

Beliau tiada cita-cita politik untuk mengampu baginda. Sekadar buat kerja, penuhi amanah dan beramal ibadat. Dan sangat berakal. Tahu bila untuk bergurau. Tahu bila untuk menyediakan makanan. Memang rapi kerjanya.

Ratu dan Munshi

Kerapian ini walau bagaimanapun mengundang sedikit masalah dalam kalangan keluarga diraja. Mereka tidak begitu meraikan Abdul Karim, yang sebenarnya “mahu dilayan secara sama darjat”.

Apabila Putera Edward menganjurkan sebuah majlis (untuk ibundanya Victoria) di Sandringham, Abdul Karim disediakan sebuah kerusi bersama para hαmbα. Beliau berasa terhina dan terus keluar daripada kamar.

Dan Victoria selepas sedar terus menitah bahawasanya Abdul Karim patut duduk bersama keluarga diraja. Perkara sama berlaku semasa Putera Arthur hadir di Braemar Games. Arthur sangat murka melihat “Si Munshi” bersama kalangan bangsawan.

Sampai Pelukis Diraja Lukis Gambar Munshi

Pucuk pangkalnya, Abdul Karim mendaulatkan mαrυαhnya. Keluarga diraja anggap beliau terlalu bongkak. Kemuncaknya, Abdul Karim hilang kedudukan selepas kemangkatan Victoria. Putera Edward dimasyhurkan sebagai raja, yang menghalau Abdul Karim balik.

Namun Edward mengizinkan beliau tatap mαyαt Victoria buat kali terakhir. Pulang saja ke India, Edward membαkαr semua catatan rasmi yang melibatkan Abdul Karim. Tetapi bukan semua catatan berjaya dibeηαmkan Edward. Sebab itulah namanya masih terapung.

Sekarang cuba fikir – berapa ramai golongan kuli menumpahkan jasa mereka pada para raja dan ratu… semuanya hilang didiamkan angkara ego dan rαsisme British?

RUJUKAN:

Hunt, K. (2017, September 20). Victoria and Abdul: The Friendship That (ditapiskan) England. Smithsonian Magazine.

Tariq, A. (2021, Februari 26). How Abdul Karim Became the Closest Friend of Queen Victoria. Medium.

Persahabatan Ratu Dan Lelaki Muslim Ini Pernah Gegar Seluruh England 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list