Artikel Terkini

Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra?

Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra?
Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra? 1

Dalam beberapa minggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dan Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru yang menjadikannya perhatian ramai pihak.

Parlimen tersebut dianggarkan memiliki 112,000 pengundi dan pecahan undi mengikut kawasan itu adalah Melayu (43%), Cina (30%), India (20%), dan 7% bagi lain-lain.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah ‘influencer’ Nur Fathiah Syazwana Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra yang bertanding atas tiket Bebas dengan logo pokok di parlimen tersebut.

Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra? 2

Jadi siapa sebenarnya Cleopatra? Difahamkan Cleopatra adalah seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan.

Cleopatra juga merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pada tahun 2021 sehingga sekarang.

Disamping itu, dia juga menyandang jawatan sebagai Pengarah Nova Defence Sdn Bhd sejak tahun 2019.

Selain itu, anak kelahiran Pulau Pinang ini turut menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai Hetero Action Women Alliance (Hawa).

Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra? 3

Oleh kerana banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial, Cleopatra berpendapat bidang politik adalah platform terbaik untuk dirinya dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Sebelum ini, Cleopatra pernah menyatakan pembabitannya dalam politik adalah untuk mewakili rakyat dalam mengemukakan sebarang permasalahan bagi mencapai transformasi politik matang di Malaysia.

Sekadar info, calon-calon yang bertanding di Parlimen Batu adalah Siti Kasim (Bebas), Tian Chua (Bebas), P Prabakaran (PH-PKR), Zulkifli Fattah (Bebas), Too Gao Lan (Bebas), Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang), Azhar Yahya (PN-PAS), Naganathan Pillai (Warisan), A Kohilan Pillay (BN-MIC) dan Nur Fathiah Syazwana @ Cleo (Bebas).

Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra? 4


7 hari lalu

“Hati Tak Boleh Tisu” – Tarik Diri Dari Jadi Calon PRU, Netizen Sindir Ustaz Kazim Elias


Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list