Artikel Terkini

Petugas SAR kesan bendasing bawah tanah

Petugas SAR kesan bendasing bawah tanah
Petugas SAR kesan bendasing bawah tanah 1

HULU SELANGOR – Petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah di Father’s Organic Farm, Batang Kali, dekat sini, mengesan kewujudan bendasing di kawasan tapak perkhemahan, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pencarian akan diteruskan malam ini dengan jumlah keanggotaan pasukan penyelamat yang minimum.

“Kita akan melakukan pencarian pada malam ini juga menerusi operasi SAR tanpa henti di kawasan hotspot yang kita telah kenalpasti menerusi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Sebanyak lima peralatan Ground Penetrating Radar (GPR) digunakan sebelum ini telah mengesan terdapat bendasing di bawah tanah di lima spot kawasan runtuhan berlumpur itu dari Sektor A hingga ke sektor C.

“Oleh demikian kita akan meneruskan pencarian di kawasan yang dikenalpasti itu pada malam ini juga,” katanya dalam sidang media, malam ini.

Tambah beliaui, sebanyak lima peralatan GPR digunakan untuk tujuan penandaan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).pada petang dan lima kawasan dikenalpasti untuk dibefri tumpuan dan pencarian mangsa.

Dalam pada itu, Hafisham berkata, khidmat anjing Unit Pengesan (K9) tidak akan digunakan malam ini kerana operasi akan diteruskan berdasarkan penandaan yang dibuat oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi SAR akan diteruskan malam ini.

“Kami menasihati bomba lebih berhati-hati menjalankan tugas pencarian malam in kerana banyak halangan telah berlaku antaranya khuatir ada binatang buas, tanah yang lembut dan becak yang perlu diambil kira secara serius demi keselamatan semua.

“Saya juga difahamkan anggota bomba sudah meminimakan atau mengurangkan jumlah kekuatan tapi tidak mengurangkan pergerakan supaya elak ancaman-ancaman kepada anggota penyelamat di lapangan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Petugas SAR kesan bendasing bawah tanah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list