Artikel Terkini

PKRC ZWT bakal ditutup kerana kurang pesakit

PKRC ZWT bakal ditutup kerana kurang pesakit
PKRC ZWT bakal ditutup kerana kurang pesakit 1

BANGI, 1 Syawal 1443H, Isnin – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bakal ditutup bulan ini susulan pesakit COVID-19 terus berkurangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebagai persiapan, dua hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Putrajaya akan dijadikan PKRC di situ.

“Pesakit di PKRC ZWT ada tetapi berkurangan jadi akan ditutup pada bulan ini juga. Namun kita sudah siapkan PKRC di HTAR dan Hospital Putrajaya melibatkan 20 katil di kedua-dua hospital tetapi masih tidak digunakan kerana kekurangan pesakit.

“Kalau kita lihat, 99.5 peratus kes dikesan melibatkan kategori satu dan dua manakala, kemasukan kes bagi kategori tiga, empat dan lima amat berkurangan, jadi kita masih ada kemampuan terima pesakit,” katanya yang dipetik akhbar tempatan, hari ini

Beliau berkata, pembukaan PKRC di HTAR dan Hospital Putrajaya adalah kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia termasuk dari segi penyediaan khemah dan peralatan.

Terdahulu, PKRC MAEPS dibuka pada 16 April 2020 susulan kes COVID-19 yang meningkat bagi kategori satu dan dua sebelum ditutup pada 15 Julai tahun sama.

Ia dibuka semula pada Disember 2020 berikutan kes COVID-19 yang meningkat seterusnya dinaik taraf sebagai PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 pada 24 Januari tahun lalu dengan menerima pesakit kategori tiga dan empat.

PKRC tersebut kemudian ditutup pada 8 Februari lalu namun terpaksa dibuka semula susulan penularan Omicron pada 25 Februari lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

PKRC ZWT bakal ditutup kerana kurang pesakit 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list