Artikel Terkini

PM akui P. Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir dari peruntukan bajet sebelum ini

PM akui P. Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir dari peruntukan bajet sebelum ini
PM akui P. Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir dari peruntukan bajet sebelum ini 1

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud kebenaran bahawa Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah terpinggir dari segi penerimaan peruntukan bajet Persekutuan sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Pulau Pinang akan menerima peruntukan lebih pada Bajet 2023 susulan pimpinan negeri mendakwa selalu dipinggirkan meskipun mereka antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Bajet itu dalam pertimbangan saya, walaupun ada kekangan dari segi pendapatan dan perbelanjaan kerana memang benar Pulau Pinang telah dipinggirkan dari segi peruntukan dan sama juga bila saya pergi ke Sabah serta Sarawak memang ada kekurangan besar.

“Peruntukan di Pulau Pinang melibatkan struktur besar manakala Sabah dan Sarawak termasuk prasarana kecil iaitu klinik, hospital, perumahan rakyat, sekolah-sekolah daif itu yang harus kita beri tumpuan,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

PM akui P. Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir dari peruntukan bajet sebelum ini 2
Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri porgam kenduri rakyat di Cherok Tok Kun di sini malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan Anwar berkata, Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari depan tidak akan terikat dengan belanjawan  kerajaan terdahulu iaitu pada Oktober 2022.

Bagaimanapun kata beliau, cadangan yang sudah dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu akan tetap diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023 yang baharu ini. – MalaysiaGazette

PM akui P. Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir dari peruntukan bajet sebelum ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list