Artikel Terkini

PM ucap takziah kepada keluarga penuntut USAS maut nahas jalan raya

PM ucap takziah kepada keluarga penuntut USAS maut nahas jalan raya
PM ucap takziah kepada keluarga penuntut USAS maut nahas jalan raya 1

KUALA LUMPUR, 11 Syawal 1443H, Khamis – Nahas jalan raya yang meragut nyawa lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar serta insiden tanah runtuh di Janda Baik, Bentong, Pahang mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini dalama lawatan kerja di Washington D.C., Amerika Syarikat.

Dalam catatan di laman Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata beliau sedih menerima berita memilukan berhubung pemergian lima penuntut USAS yang terkorban dalam nahas di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Perak.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka tabah mengharungi dugaan itu

“Didoakan jua agar roh mangsa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Lima mangsa yang maut apabila kereta dinaiki terbakar selepas terlibat kemalangan bersama dua treler dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meluahkan rasa simpati terhadap Keluarga Malaysia yang terlibat dalam tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik, semalam.

Beliau berkata kerajaan akan memberi bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga terlibat, yang akan disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama-sama Setiausaha Politik beliau.

“Saya difahamkan kejadian berlaku akibat hujan lebat di kawasan hulu (kawasan Gunung Nuang) mengakibatkan fenomena kepala air.

“Penduduk terbabit dalam keadaan selamat dan ramai yang sudah pulang untuk mengemas rumah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar penduduk di kawasan sekitar sentiasa berhati-hati dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi penyelamat yang menghulur tenaga membantu mangsa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

PM ucap takziah kepada keluarga penuntut USAS maut nahas jalan raya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list